Trivia

Sempena Hujung Minggu Ini, Mari Kita Tonton Filem / Siri ‘Power’ Ini Di Iflix!

Views

Sempena hari minggu yang panjang ini, Iflix mengajak anda untuk bersantai sambil menyaksikan beberapa filem dan siri televisyen terbaru yang disediakan oleh mereka. Antara yang menarik filem Along With The Gods 1& 2 dari Korea, Calon Bini dari Indonesia dan siri televisyen dari Malaysia berjudul Kerana Dia Manusia Biasa lakonan  Syukri Yahaya dan Emma Maembong!

Berikut adalah filem-filem menarik dari Korea dan Indonesia serta siri televisyen dari Malaysia yang sedikan oleh Iflix untuk anda ‘enjoy’ pada hari minggu ini.

Kerana Dia Manusia Biasa

Selasa hingga Jumaat | 10 pagi | Mulai 25 Julai

Ekspres dari TV3, jom kita layan Kerana Dia Manusia Biasa.

Yang ini memang menarik! Siri terbaru TV3 yang dibintangi oleh Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil dan Emma Maembong sebagai Nurin Aira, mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa berkahwin atas sebab yang tidak wajar. Dengan kehadiran anak angkat mereka, Alia (dibintangi oleh Ku Zara Eryna), ternyata pernyatuan mereka menimbulkan beribu persoalan dan drama.

Tonton dengan PERCUMA di go.iflix.com/KDMBMEDIA

Along with the Gods 1 & 2

Jangan ketinggalan filem ketiga yang berjaya mencatat kutipan tertinggi di Korea Selatan ini, Along With The Gods, sebuah filem aksi-fantasi yang diarahkan oleh Kim Yong-hwa (pengarah drama romantik 200 Pounds Beauty – yang juga terdapat di iflix).

Selepas kematian yang tidak dijangka, seorang bomba bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-Hyun) dibawa ke akhirat oleh tiga orang penjaga Gang-Rim (Ha Jung-Woo), Haewonmak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-Choon (Kim Hyang-Gi), yang ditugaskan selaku pembela untuk mewakili Kim Ja-Hong dalam tujuh ujian yang akan menentukan nasibnya di akhirat.

BACA:  Kenali 6 Simbol Dalam Star Wars Universe

Sekuel filem tersebut, Along With The Gods: The Last 49 Days (Along With The Gods 2) merupakan kesinambungan filem pertama, yang melihat semula kisah silam tiga orang penjaga tersebut dan kisah tragis mereka semasa di Bumi 1,000 tahun yang lalu.

Tonton Along with the Gods 1 di sini sekarang: go.iflix.com/AlongWithTheGods1

Tonton sekuelnya, Along with the Gods 2, di sini: go.iflix.com/AlongWithTheGods2

Welcome to Waikiki 1 & 2

Tiga artis muda yang juga memiliki Waikiki Guesthouse ini ternyata sentiasa bernasib malang. Dong-Gu (Kim Jung-Hyun) berimpian untuk menjadi seorang pengarah filem namun

dia sentiasa tidak bernasib baik. Jun-Gi (Lee Yi-Kyung) pula merupakan seorang pelakon dan anak kepada seorang bintang terkemuka yang mahu mengikuti jejak langkah ayahnya yang terkenal. Du-Sik (Son Seung-Won) pula adalah seorang penulis freelance yang jarang sekali menerima kerja. Walaupun mereka bertiga tidak mahir mengendalikan guesthouse, mereka kekal gigih mengumpul wang untuk mendana projek filem mereka.

Tonton Welcome To Waikiki 1 di sini dengan PERCUMA: go.iflix.com/WelcomeToWaikiki1

Tonton Welcome To Waikiki 2 di sini dengan PERCUMA: go.iflix.com/WelcomeToWaikiki2

On Your Wedding Day

Ingatkah anda pada cinta pertama? On Your Wedding Day ialah sebuah kisah yang mengasyikkan tentang kisah cinta rumit antara Hwan Seung-hee (Park Bo-Young) dan Hwang Woo-yeon’s (Kim Young-Kwang), yang bermula dari sekolah menengah dan berlanjutan hingga mereka dewasa.

Tonton sekarang di sini: go.iflix.com/OnYourWeddingDay

BACA:  [Video] Babak-Babak "Bertumbuk" Paling Menarik Sejak Tahun 2000

Strong Woman Do Bong-Soon

Si kecil molek Do Bong-Soon adalah seorang yang sangat kuat dan dia ternyata memenuhi kriteria sebagai pengawal kepada seorang waris yang kaya-raya, Ahn Min-hyuk (Park Hyung-sik), seorang CEO sebuah syarikat gaming. Rakan karibnya dari kecil, In Gook Doo, telah jatuh hati dengan Bong-Soon. Bagaimana reaksinya setelah melihat cinta mula berputik antara Bong Soon dan bosnya yang gila itu?

Tonton di sini dengan PERCUMA: go.iflix.com/StrongWoman

The Outlaws

The Outlaws ialah sebuah filem aksi-jenayah dari Korea Selatan  yang diarahi oleh Kang Yoon-sung. Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 2007, iaitu insiden “Heuksapa”. Perebutan kawasan berlaku antara sebuah geng tempatan dan penjahat dari Yanbia, China yang bergelar “Heuksapa” yang diketuai oleh seorang “along” bernama Jang Chen (Yoon Kye-Sang), sehinggakan polis terpaksa masuk campur untuk mententeramkan kawasan kejiranan itu, dibawah pimpinan pegawai veteran Ma Suk-Do (Ma Dong-Seok).

Tonton sekarang di go.iflix.com/TheOutlaws

Wonderful Ghost

Jurulatih Judo dan juga seorang duda, Jang-Soo (Ma Dong-Seok), hanya mahu fokus terhadap anak perempuannya namun hidupya menjadi kacau-bilau apabila dia dihantui oleh roh yang bernama Tae Jin, seorang pegawai polis baharu yang sedang menyiasat kes kematian dirinya sendiri yang masih belum diselesaikan. Mampukah mereka menyelesaikannya bersama?

BACA:  10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

Tonton sekarang di go.iflix.com/WonderfulGhost

Orang Kaya Baru

Tika (Raline Shah), Duta (Derby Romero), Dodi (Fatih Unru), dan ibu (Cut Mini) mereka sudah biasa hidup bersederhana. Namun, kehidupan mereka berubah setelah kematian bapa (Lukman Sardi) mereka, yang telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak. Adakah kekayaan ini merupakan suatu rezeki atau menimbulkan lebih banyak masalah buat keluarga ini?

Tonton dengan percuma di go.iflix.com/OrangKayaBaru

Terlalu Tampan

Adaptasi dari webtoon popular ini menceritakan tentang Mas Kulin (Ari Irham), seorang lelaki yang terlalu tampan sehinggakan dia tidak ke sekolah dan pilih untuk hidup bersendirian. Dengan pertolongan keluarganya, dia berjaya ditempatkan di sebuah sekolah untuk lelaki di mana ketampanannya tidak menjadi tumpuan. Tapi, apabila ketampanannya terdedah ke dunia luar, termasuk sekolah untuk gadis yang berdekatan, hidupnya menjadi kucar-kacir.

Tonton dengan percuma di go.iflix.com/terlalutampan

Calon Bini

Ningsih (Michelle Ziudith) melarikan diri ke Jakarta setelah bapanya menyuarakan hasrat untuk mengahwinkannya dengan Sapto. Di Jakarta, dia telah jatuh cinta dengan seorang jejaka bergelar “Jejak Langkah”, yang ditemuinya di alam maya. Dalam masa yang sama, dia berasa makin selesa dengan jejaka bernama Satria Bagus (Rizky Nazar). Dapatkah dia mencari “Jejak Langkah”? Atau sesuatu bakal terjadi antara dia dan Satria Bagus?

Tonton dengan percuma di go.iflix.com/CalonBini

Daftar untuk mendapatkan pas VIP secara percuma selama 30 hari!

Tinggalkan Balasan

shares