Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Selepas “The Flash”, Ezra Miller Dilaporkan Tidak lagi Menjadi Sebahagian Daripada Perancangan Filem DC Di Masa Hadapan

Selepas bertahun cabaran untuk menghasilkannya, The Flash akhirnya berada di landasan yang tepat untuk dilancarkan pada tahun 2023.

Namun, filem solo watak DC Barry Allen itu diselubungi dengan kontroversi yang melibatkan bintang utamanya, Ezra Miller. Pelakon itu telah menjadi subjek kepada beberapa dakwaan serius sepanjang tahun, yang tidak akui secara terbuka oleh Warner Bros. 


Peminat telah lama berspekulasi mengenai tindakan yang akan diambil pihak studio terhadap Miller, bermula dengan pemecatannya selepas The Flash dilancarkan sehinggalah menggantikan tempatnya dengan pelakon lain. 

Tetapi, Deadline memberikan berita mengenai keputusan yang bakal diambil Warner Bros. terhadap Miller. 

Menurut laporan, Miller dikhabarkan tidak lagi menjadi sebahagian daripada perancangan filem-filem DC dimasa hadapan. 

Laman hiburan itu telah menerbitkan artikel yang membincangkan cabaran yang bakal dihadapi WB susulan kontroversi yang melanda Miller. Pihak studios dikatakan cuba membantu bintang The Flash itu, tetapi tidak berjaya. 

Mengenai bagaimana WB akan berurusan dengan pelakon itu, sumber Deadline menekankan betapa sukarnya skandal Miller terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Discovery, David Zazlav, dan membayangkan bahawa studio berharap situasi itu akan reda tepat pada masanya sebelum tayangan filem The Flash pada tahun 2023:

“Tiada situasi menang-menang dalam hal ini untuk Warner Bros. […] Ini adalah masalah yang akan dihadapi Zaslav. Harapannya ialah skandal itu akan kekal pada tahap terendah sebelum filem itu ditayangkan, dan berharap pekara terbaik akan berlaku.”

Laporan itu turut menyebut, David Zazlav tidak berhasrat untuk menjadikan Ezra Miller sebagai sebahagian daripada masa depan filem-filem DC selepas The Flash ditayangkan. Sebarang skandal yang melibatkan pelakon itu di masa hadapan dilaporkan tidak akan mempengaruhi keputusan itu – jelas sekali Miller akan dikeluarkan. 

Zazlav juga dilaporkan sedang mempertimbangkan arah tuju yang berbeza untuk filem The Flash, antaranya:

  • Mengekang kempen pemasaran The Flash
  • Melancarkannya di platform HBO Max dan hadapi kerugian kewangan (Deadline menjangkakan kerugian The Flash sekitar AS$ 200 juta.
  • Lancarkan filem The Flash seperti yang dirancang, dan melepaskan Miller pergi sekiranya situasi tidak berubah menjadi lebih baik. 

Menurut Deadline lagi, Zazlav dijangka mencapai keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan tentang The Flash dalam masa terdekat. Jadi, berkemungkinan besar, peminat akan dapat mengentahui kedudukan Ezra Miller dalam francais filem DC.

The Flash akan ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2023.

Sumber: Comicbookmovie

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment