Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Selepas Indonesia, Bront Palarae Bakal Berlakon Dalam Filem Filipina

Sumber gambar: www.star2.com

Pelakon yang semakin laku diluar negara, Bront Palarae terus melebarkan sayapnya apabila bakal terlibat dengan penggambaran filem Tagalog berjudul Daddy’s Home.

Daddy’s Home adalah flem thriller psikologi arahan Bradley Liew dan ia merupakan filem Tagalog pertama buat Bront yang mana dia akan membawa watak sebagai seorang bapa yang pulang ke rumah selepas sekian lama berada di laut.

“Dia bagaimanapun kemudian menjadi lelaki berbeza dan keluarganya sudah tidak mengenalinya, dan perkara tidak dapat dijelaskan mula berlaku,” – Bront Palarae

Dia akan terbang ke Manila, Filipina untuk penggambaran filem tersebut pada 15 Jun dan Bront berharap dia sempat pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Liew membuat debutnya pada tahun 2016 menerusi filem “Singing in Graveyards”, yang membuat tayangan perdananya di Venice International Film Critics Week dan kemudian telah dinobat Anugerah Filem Terbaik pada anugerah Malaysian Golden Global Awards.

Aksi Bront Palarae dalam filem Ola Bola

Dalam pada itu, Bront memberitahu kali pertama dia bertemu dengan Liew di Tokyo, Jepun ketika tayangan filemnya “Terbaik Dari Langit” pada tahun 2014.

Mereka kemudian telah berbincang untuk bekerjasama dan akhirnya ia menjadi realiti menerusi “Daddy’s Home”.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Bront baru sahaja selesai dengan penggambaran ‘remake’ filem seram klasik Indonesia “Pengabdi Setan” arahan Joko Anwar.

Ia merupakan filem Indonesia ketiga buat Bront dan ia akan ditayangkan hujung tahun ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment