Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Selepas Heath Ledger, Kini Kisah Paul Walker Pula Di Dokumentarikan

Selepas Adrian Buitenhuis menghasilkan filem dokumentari tentang aktor filem The Dark Knight, Heath Ledger, kini pengarah tersebut sekali lagi bakal mengeluarkan filem dokumentari berjudul I Am Paul Walker. 

Filem berkenaan didedikasi kepada mendiang Paul Walker yang telah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu beliau masih dalam penggambaran filem ketujuh franchise Fast & Furious. 


Dalam dokumentari berkenaan, ia akan menampilkan kisah kehidupan aktor tersebut yang tidak diketahui oleh peminat. Antaranya ia akan memaparkan minat mendalam aktor tersebut terhadap pemuliharaan hidupan laut dan juga penglibatannya dalam membantu mangsa gempa bumi di Haiti.

Selain itu juga, dokumentari tersebut bakal menunjukan temubual bersama kenalan rapat mendiang terutamanya ahli keluarganya.

I am Paul Waker diterbitkan oleh Paramount Network dengan Jon Slusser dan Jaimee Kosanke bertindak selaku penerbit dokumentari ini. Ianya dijangka akan ditayangkan pada musim panas ini di platform Paramount Network

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment