Black Panther Semakin Hampiri Sasaran Kutipan $200 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan

0
543
views

Filem Black Panther semakin menghampiri sasaran kutipan lebih $200 juta pada minggu pertama tayangan apabila berjaya mengutip sebanyak $75.8 juta pada hari pembukaan iaitu pada Jumaat yang lalu. Jumlah tersebut menjadikan Black Panther antara 8 filem yang berjaya mengutip kutipan tertinggi pada hari pembukaan.

Filem arahan Ryan Coogler ini telah mendapat markah A+ dari penonton dilaman CinemaScore dijangka akan terus menambah kutipan tiket mereka dan melepasi angka $200 juta sepanjang tayangan minggu pertama.

Untuk pasaran antarabangsa, sehingga Jumaat yang lalu, Black Panther telah mengumpul sebanyak $81.5 juta dan penyumbang terbesar datangnya dari negara UK dengan kutipan sebanyak $14.4 juta dan diikuti negara Korea sebanyak $14.3 juta. Malaysia turut menyumbang kutipan tiket filem Black Panther dengan kutipan sebanyak $2.9 juta. Sebanyak 69% pasaran antarabangsa sudah menayangkan filem Black Panther dan beberapa negara lain seperti Russia, Japan, dan China akan memulakan tayangan filem ini pada minggu hadapan.

Dibintangi oleh  Chadwick Boseman, Danai Gurira, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis, Filem Black Panther yang telah memulakan ditayangkan di Malaysia pada 13 Februari yang lalu merupakan sambungan dari filem Captain America: Civil War. Ia mengisahkan cabaran T’Challa yang perlu berhadapan dengan individu yang juga merupakan musuh negaranya dan menyelamatkan dunia dari kemusnahan secara total.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here