Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV Trivia

Selepas 2 Minggu Disiarkan, Netflix Akhirnya Dedahkan ‘Timeline’ The Witcher

Selepas ditayangkan kepada umum pada penghujung Disember yang lalu, peminat yang keliru dengan ‘timeline’ The Witcher boleh menarik nafas lega apabila Netflix mendedahkan ‘timeline’ sebenar musim pertama siri tersebut.

Dalam infografik yang dikongsikan kepada peminat, ia memaparkan kedudukan karakter dan episod untuk memudahkan peminat untuk memahami plot tidak linear The Witcher. Dengan adanya infografik ini, diharap peminat tidak keliru dengan plot musim pertama.

The Witcher dibintangi Henry Cavill yang memainkan watak utama sebagai Geralt of Rivia. Musim pertama mengisahkan tentang Geralt pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri 8 episod ini turut dibintangi Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg. The Witcher telah bersiaran pada 20 Disember yang lalu, dan kepada yang masih belum menyaksikan siri adaptasi novel karya Andrzej Sapkowski, anda boleh klik pautan ini.

Related posts

5 STRIKING THINGS KINGDOM: ASHIN OF THE NORTH REVEALS & HOW IT TIES INTO THE KINGDOM UNIVERSE

Zulaikha

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

13 Pelakon Botak Yang Satu Ketika Dahulu Memiliki Rambut

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment