Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Program ‘Roda Panas’ ialah sebuah program infotainment berbentuk majalah terbitan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod. 

Selain itu, program ‘Roda Panas’ juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.

Julung kali diterbitkan, program ‘Roda Panas’ musim pertama bakal dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’ Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.

Program ‘Roda Panas’ akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April 2021 secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

SINOPSIS BAGI SETIAP EPISOD

Episod 1 (12 April 2021)

Tetamu : Dato AC Mizal

Sinopsis : Episod pertama Roda Panas bersama dengan Dato AC Mizal dan kereta kesayangan beliau, Porche Carrera 996 911 4S. tema Chemoflauge menjadi pilihan Dato AC untuk kereta beliau dan pernah memandu mencecah 300km/j dengan 320 horsepower.

Episod 2 (19 April 2021)

Tetamu : Wak Doyok

Sinopsis : Modifikasi luaran dan penjagaan dalaman kereta sangat dititikberatkan oleh Wak Doyok. Ford Mustang 5.0L V8 sangat menarik perhatian sesiapa yang memandang, nampak garang dan kemas. Dimodifikasi kepada model GT500 (Shelby) dan juga horse power 745 daripada standard 600hp. Dalaman yang bertemakan hitam dan meraj serta dihiasi dengan carbon fibre. 

Episod 3 (26 April 2021)

Tetamu : Dato Awie

Sinopsis : Harley Davidson Rod Glide CVO menjadi pilihan Dato Awie dalam Roda Panas. Spesifikasi enjin 1923cc dan mempunyai 2 silinder enjin. Walaupun tidak banyak yang dimodifikasi, akan tetapi Dato Awie banyak berkongsi tentang tips dan penjagaan untuk model Harley Davidson, sesuai bagi mereka yang ingin bersantai untuk perjalanan jarak jauh.

Episod 4 (3 Mei 2021)

  • Tetamu : Amirul Rejab

Sinopsis : Nissan Skyline GTR R34 merupakan generasi akhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GTR. Amiru Rejab merupakan seorang usahawan kedai cuci kereta melaburkan sehingga hampir RM300,000.00 untuk modifikasi kereta ini. Nampak gah dengan warna biru yang dicampur khas dengan kod warna pilihan menjadikan kereta ini dapat memikat pandangan. Lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000.00, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?

  • Episod 5 (10 Mei 2021)

Tetamu : Pekin Ibrahim

Sinopsis : Volkswagen Golf R32 MK5, adalah kereta yang dimiliki oleh Pekin Ibrahim dan kereta ini juga sangat limited kerana tidak lebih kurang 10 buah sahaja di Malaysia. Deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan performance kereta ini. Pekin sangat peka dengan modifikasi sistem dan enjin kerana baginya, untuk modified sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya kereta tidak akan diubah melebihi kemampuan.

Episod 6 (17 Mei 2021)

  • Tetamu : Black Hanifah

Sinopsis : Bercuti sambil memandu kenderaan? Kereta bergerak atau dikenali sebagai Caravan yang mempunyai katil, tandas, dapur, meja makan, lengkap seperti sebuah rumah. Kapasiti penumpang sekitar 8 orang dan kereta ini juga mempunyai 2 bateri untuk support kereta dan juga sistem yang lain. Memperuntukkan lebih kurang RM25,000.00 untuk modifikasi supaya lebih selesa membawa keluarga bercuti. Jangan terkejut kerana Caravan ini juga mempunyai sebuah generator 240W.

Episod (24 Mei 2021)

  • Tetamu : Tinie Sulaiman

Sinopsis : Lamborghini Huracan dan Nissan GTR R35 dimiliki oleh seorang pengasas kosmetik, Tinie Sulaiman. GTR R35 adalah sebuah kereta 4WD On Demand ATESSA-ETS dan horsepower 545. Manakala Lamborghini Huracan yang bernilai RM1.6 juta ini mempunyai enjin 5.2L V10 FSNA dan berkelajuan 610 horsepower. Terdapat 3 mod pemanduan utama iaitu Mod Road/Street, Mod Sport dan Mod Corsa. Spoiler yang menjadi pilihan pemilik untuk modifikasi ialah spoiler carbon yang bernilai RM20,000.00.

Episod 8 (31 Mei 2021)

  • Tetamu : Achey & Beto Kusyairy

Sinopsis : Walaupun keluaran Yama RXZ sudah berakhir tetapi permintaan pada motor ini tetap tinggi malah harganya juga mencecah lebih kurang harga sebuah superbike. Achey dan Beto Kusyairy bersama host review tentang kedua-dua model ini yang mempunyai keistimewaan dan spesifikasi masing-masing.

Episod 9 (7 Jun 2021)

  • Tetamu : Nabil Rahizad

Sinopsis : Family car, Toyota Vellfire Modellista dan performance car, Evo 8 yang menjadi highlight dalam episod ini. Toyota Vellfire yang dimodifikasi daripada model 2016 kepada model 2018 Modellista memperuntukkan belanja puluhan ratus ribu ringgit termasuklah modified magic air suspension membolehkan kereta dikawal turun dan naik suspension menggunakan remote dan rim yang digunakan adalah rim Maverick.

Episod 10 (14 Jun 2021)

  • Tetamu : Dato Rosyam Nor

Sinopsis : Dato Rosyam Nor, nampak garang tetapi beliau adalah seorang yang sangat menjaga kereta. Sebagai bukti BMW E36 beliau walaupun merupakan model tahun 1995 tetapi masih lagi berkilau dan enjin juga berfungsi dengan baik. Dalam episod ini juga beliau berkongsi keretanya model Satria Neo R3 Lotus yang hanya dikeluarkan 25 unit sahaja dia Malaysia.

Related posts

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment