Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Selamat Datang Ke Bandar Raccoon – Sony Picture Lancar Trailer Rasmi RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY


Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi Resident Evil: Welcome to Raccoon City, arahan Johannes Roberts. Filem reboot ini dijadualkan tayangan pada 24 November 2021 (tayangan global). 

Dalam trailer tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, memaparkan permulaan kepada wabak misteri yang telah mengubah penduduk bandar menjadi makhluk pemakan manusia yang sangat menakutkan. Selain, ia turut menunjukkkan aksi dari watak-watak utama serta dalang disebalik penularan virus misteri itu.  

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan mengadaptasi dua permainan video “Resident Evil” yang pertama, dan turut menampilkan watak-watak utama dari permainan tersebutlah termasuk Claire Redfield dan Chris Redfield. Reboot terbaru ini hadir setelah lima tahun sejak studio Sony Pictures mengakhiri siri filem “Resident Evil” yang dipimpin Milla Jovovich.

Filem ini menjadi kisah ‘origin’ rasmi kepada francais permainan video seram keluaran Capcom dan akan ditetapkan pada tahun 1998, pada waktu malam di kota Raccoon City ketika Umbrella Corporation melepaskan neraka dunia dan segalanya bergantung kepada beberapa yang terpilih untuk menghentikannya. 

Barisan pelakon terdiri daripada Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland : Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Chad Rook (The Flash) dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) akan memainkan watak sampingan. 


Robert Kulzer menjadi penerbit untuk Constantin Films, bersama James Harris dari produksi Tea Shop Productions dan Hartley Gorenstein. Sony Pictures akan menjadi pengedar untuk pasaran antarabangsa.

Filem terakhir dalam francais pertama Resident Evil, Resident Evil: The Final Chapter arahan Paul W.S. Anderson dan lakonan Milla Jovovich berjaya mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 juta dolar di pasaran antarabangsa. Diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, francais Resident Evil telah mengutip lebih $1.2 billion seluruh dunia, dan menjadi francais adaptasi permainan video paling laris setakat ini. 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan menemui penonton pada 24 November 2021.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee