Selain Captain America & Logan, Terdapat Lagi ‘Super Soldier’ Dalam Siri Komik Marvel

331
views

Weapon Plus Program adalah program fiksyen yang digunakan dalam dunia komik Marvel. Program tersebut bertujuan mahu mencipta ‘super-soldier’ bagi tujuan ketenteraan terutamanya ketika melibat perang diantara manusia dan mutant.

Terdapat 10 projek Weapon Plus dalam komik Marvel dan antara yang terkenal adalah Weapon X Program dimana dari program tersebut terhasilah Wolverine. Begitu juga Captain America kerana dia tercipta dari projek Weapon Plus.

Tapi tahukah anda, selain Wolverine dan Captain America, terdapat banyak lagi karakter adiwira dan villain yang terhasil dari projek Weapon Plus. Disini kami senaraikan beberapa karakter yang asalnya adalah subjek dalam ujikaji Weapon Plus dan senjata yang diwujudkan dalam program itu.

1 Captain America / Steve Rogers (Weapon I)

Subjek pertama dalam program Weapon Plus dan menjadi dianggap projek yang paling sempurna. Projek ini mengunakan serum yang dicipta Professor Abraham Erskine, bagaimanapun dia dibunuh sebaik sahaja ujikaji terhadap Steve Rogers berjaya. Kejayaan eksperimen Erskine ini kemudiannya mendorong beberapa projek ‘super-solder’ dan program Weapon Plus, tetapi kebanyakkan gagal.

2. Protocide (Weapon I)

Selain Steve Rogers, terdapat dua lagi subjek dalam program Weapon 1. Antaranya Clinton McIntyre, a.k.a. Protocide. Menggunakan serum Super Soldier yang ditiru dari formula Erskine. Bagaimanapun, eksperimen ini gagal dimana Mclntyre mati dalam ekspremen tersebut. Tetapi organisai AIM menghidupkannya semula untuk kepentingan mereka. Protocide merupakan musuh kepada Captain America.

3.  Isaiah Bradley (Weapon I)

Captain America versi kulit hitam. Isaiah satu-satunya subjek yang terselamat dari 300 askar African-American. Turut menggunakan serum Super Soldier yang ditiru dari formula profesor Erskine. Seperti Steve Rogers, Isaiah dicipta untuk memerangi Nazi dan salah seorang pemegang gelaran Captain America.

4. Harry Pizer (Weapon III)

Harry Pizer kenali sebagai ‘Weapon III” dan diserap masuk dalam program Weapon Plus untuk membantu negaranya, Britain ketika perang Dingin. Merupakan seorang mutant yang mampu mengawal kulitnya, perisik untuk mendapatkan maklumat dari Soviet Union dan musuh kepada Fantomex

5. Nuke (Weapon VII)

Program tersebut juga dikenali sebagai Project: Homegrown, projek ‘super soldier’ ketika era perang Vietnam. Nuke (Frank Simpson) satu-satunya subjek yang berjaya dalam program ini dan telah mengubahnya menjadi cyborg. Nuke merupakan supervillain dan pernah muncul dalam siri televisyen Jessica Jones lakonan Wil Traval

6. Team X (Weapon X)

Projek terbesar dalam program Weapon Plus. Weapon X adalah projek rahsian diantara kerajaan US dan organisasi dari Kanada, Department K. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan abilti mutant menerusi kejuruteraan genetik (Logan salah satu subject eksperiment genetik Weapon X), brainwash subject mereka dan seterusnya menjadikan subjek sebagai senjata.

Subjek awal program ini adalah Team X, iaitu pasukan rahsia CIA yang terdiri daripada Wolverine/LoganSabretooth/Victor CreedMaverick/Christoph NordSilver FoxMastodon, Major Arthur Barrington, Psi-Borg/Aldo Ferro, Wildcat/Noel Higgins dan Kestrel/John Wraith.

Logan dipertingkatkan menerusi program Weapon X dimana badannya telah dimasukkan besi Andamantium yang menjadikannya kebal dan sangat merbahaya. Manakala Wade Wilson / Deadpool pula dipertingkatkan oleh kerajaan Kanada menerusi Department K selepas program asal Weapon X ditutup.

7. Huntsman (Weapon XII)

Zona Cluster 6 aka Huntsman adalah Weapon XII yang dicipta di fasiliti The World dalam sebagai Weapon Plus. Merupakan Human-Sentinel hybrid dan dicipta untuk menjadi sebahagian dari projek Super-Sentinels. Huntsman memiliki evolusi buatan serta teknologi nanosentinel  dan dicipta dengan tujuan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Mutant.

8. Fantomex (Weapon XIII)

Seperti Huntsman, Charlie-Cluster 7 aka Fantomex juga dicipta dari fasiliti The World, dan kehebatannya datang dari teknologi Nanosentinel. Namun dia enggan menurut perintah penciptanya dan lari dari fasiliti tersebut untuk menyertai anggota X-Men

11. Stepford Cuckoos (Weapon XIV)

Kembar 5 yang merupakan klon mutant kepada Emma Frost. Weapon XIV dicipta untuk mengabungkan minda mereka, yang terdiri dari ribuan klon yang sama, dengan tujuan untuk mengembangkan kuasa mereka dan menghapuskan mutant.

Antara klon Weapon XIV adalah Sophie, Phoebe, Irma, Celeste dan Esme, yang juga dikenali sebagai Stepford Cuckoos. Mereka dilepaskan dari The World (tanpa sebarang memori asal usul) untuk menjadi pelajar di Xavier Institute for Higher Learning, mengumpul maklumat dan menghantarnya ke fasiliti The World menerusi nanobot yang ada dalam badan mereka.

10. Ultimation (Weapon XV)

Turut dicipta di The World – persekitaran buatan yang super soldier dengan menggunakan teknologi sentinel dan ia digunakan sebagai senjata untuk menghapuskan mutant.

11. Allgod (Weapon XVI)

Turut dicipta dari fasiliti The World. Virus yang digelar sebagai Allgod, mempunyai abiliti untuk mempengaruhi kepercayaan agama seseorang dan membuatkan mereka menjadi hamba. Hanya athiest seperti Fantomax dan Noh-Varr tidak terkesan dengan virus ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here