Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Selagi Bernyawa, Tonton Trailer Terbaru “Air Force The Movie”


Menerusi akaun Youtube rasmi GSCinemas, trailer terbaru untuk filem aksi patriotik tempatan yang akan datang, Air Force The Movie, telah dilancarkan. 

Trailer berdurasi 1 minit itu memaparkan beberapa adegan aksi yang dijangkakan penonton termasuklah adegan ‘dog fight’ yang melibatkan jet pejuang TUDM. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Air Force The Movie mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Opie Harris, Peter Toyat dan Zulkarnain Azhar, Air Force The Movie menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Aiman Hakim Redza, Data ‘ Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi. 


Filem aksi ketenteraan / patriotik ini merupakan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee