Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel World War Z Dibatalkan


Berita yang agak mengecewakan dari Hollywood. Peminat yang menantikan sekuel filem zombi World War Z terpaksa melupakan filem tersebut apabila ianya dibatalkan oleh studio Paramount.

Menurut laporan dari halaman The Playlistpunca pembatalan filem tersebut disebabkan masalah bajet yang dikatakan mencecah hampir $200 juta dolar yang melibatkan kos produksi serta proses penggambaran semula.

World War Z sebelum dihasilkan dengan kos mencecah $250 juta dolar termasuklah kos penggambaran semula. Untuk filem kedua, David Fincher meminta bajet kurang dari bajet asal memandangkan berskala kecil berbanding filem pertama, namun selepas diambil kira kos penggambaran semula, Paramount terpaksa membatalkan sekuel berkenaan.

World War Z 2 sepatutnya akan memulakan penggambarannya pada bulan Mac dengan lokasi penggambaran terletak di Thailand, Spain, dan Atlanta, Georgia. Namun berita terbaru ini akan mengecewakan peminat yang telah lama menantikan sekuel World War Z


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee