Setelah mencipta fenomena pada tahun 2016, filem Train to Busan bakal mempunyai sekuel tidak lama lagi. Pekara ini didedahkan oleh laman hiburan Korea, AllKPop. Menurut laporan dari laman web itu, pengarah filem Yeon Sang-ho kini sedang bekerja keras untuk hasilkan sekuel filem zombi tersebut.
Tidak banyak maklumat yang diperolehi setakat ini, tetapi laman hiburan tersebut memberi gambaran bahawa sekuel akan datang akan bertempat dilokasi yang sama seperti filem pertama, cuma ia akan memberi fokus kepada penduduk lain yang berhadapan dengan situasi serangan zombi.
Filem sekuel ini diberi tajuk sementara iaitu “Peninsular” dan akan memulakan penggambarannya pada pertengahan tahun hadapan. Selain itu juga, pengarahnya turut mendedahkan yang mereka tiada perancangan untuk membawa kembali pelakon-pelakon dari filem pertama.
Train to Busan yang ditayangkan pada tahun 2016 telah menjadi hit diserata Asia, malah menjadi filem paling laris di Korea Selatan. Ianya dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, Choi Woo-sik, An So-hee, Kim Eui-sung dan Kim Su-an