Slot Asia

Sekuel “The Sacred Riana: Beginning” Akan Ditayangkan Pada 2020

Views

Sambutan hangat The Sacred Riana: Beginning semasa tayangannya di Indonesia telah mendorong pihak produksi untuk menghasilkan sekuelnya tidak lama lagi.

Menurut laporan dari laman Cinema Online penerbit Nan Entertainment telah mengesahkan bahawa filem sekuel The Sacred Riana kini sedang dalam proses pos-produksi dan dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

“Ya, jika anda melihat pengakhiran filem ini pasti anda akan mengetahui ia akan mempunyai kesinambungan. Ketika ini pembikinan filem sekuel ini dalam proses pos-produksi dan ia dijangka akan ditayangkan pada tahun 2020,”

Filem pertama yang berjudul The Sacred Riana: Beginning berkisarkan tentang Riana yang tinggal bersama kedua ibu bapanya yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka.

Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.

BACA:  Record Of Youth Pamerkan Kisah Romantis Diantara Park Bo-Gum dab Park So-Dam

Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

Filem arahan Billy Christian ini dibintangi The Sacred Riana yang akan memainkan watak utama. Dia turut disertai beberapa pelakon lain termasuklah Aura Kasih, Agatha Chelsea, dan Prabu Revolusi.

The Sacred Riana akan menemui penonton tempatan pada 12 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares