Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Spider-Verse Mungkin Menampilkan Spider-Man Jepun


Hujung minggu yang lalu, Sony Pictures telah mengumumkan sekuel filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse; pengumuman tersebut telah membuatkan peminat teruja, lebih-lebih lagi mereka ingin mengentahui versi Spider-Man seterusnya.

Terbaru, laporan dari laman Comingsoon.net mendedahkan bahawa, Spider-Man versi Jepun mungkin akan menjadi salah satu Spider-Man dalam filem sekuel akan datang. Ini berdasarkan tawaran yang dibuat pencipta filem animasi Kubo and the Two Strings, Shannon Tindle kepada penerbit Phil Lord dan Chris Miller di laman Twitter.

Tindle dikatakan sanggup membuat rekabentuk karakter Takuya Yamashiro a.k.a Japanese Spider-Man untuk animasi sekuel akan datang. Lord kemudiannya membalas ‘tweet’ Tindle dengan mengatakan mereka telah miliki reka bentuk karakter tersebut. Ini menandakan, Spider-Man Jepun itu mungkin akan menjadi sebahagian daripada keluarga Spider-Man dalam filem Into the Spider-Verse 2.

Spider-Man: Into the Spider-Verse yang telah ditayangkan pada tahun lepas telah berjaya menerima pengiktrifan Oscar dengan mengondol anugerah Filem Animasi Terbaik. Disamping itu juga, filem animasi arahan Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman ini turut sukses dipentas box office apabila berjaya meraih $350 juta dolar seluruh dunia.

Filem animasi ini memperkenalkan Miles Morales sebagai generasi baru Spider-Man. Ia dibintangi pelakon Shameik Moore yang membawa suara Miles. Dia turut disertai Liev Schreiber sebagai Kingpin, Mahershala Ali sebagai Aaron, pakcik kepada Miles, Brian Tyree Henry sebagai ayah Miles, Jefferson, Luna Lauren Velez sebagi Rio, Lily Tomlin sebagai Aunt May serta Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen, Jake Johnson sebagai Peter Parker, Kimiko Glenn sebagai SP//dr aka Peni Parker;  John Mulaney sebagai Spider-Ham; dan Nicolas Cage sebagai Spider-Man Noir.


Skrip filem pertama ditulis oleh Phil Lord dan diterbitkan secara bersama oleh Avi Arad, Amy Pascal, Christoper Miller dan Christina Steinberg.

Spider-Man: Into the Spider-Verse 2 akan menemui penonton pada 8 April 2022.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee