Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Sekuel Pok Ya Cong Codei Bakal Dihasilkan

Telefilem yang menjadi hit dan ‘viral’ di media sosial, Pok Ya Cong Codei bakal mendapat sekuel apabila Sabri Yunos mendedahkan bakal menghasilkan kesinambungan filem itu tidak lama lagi. Beliau berkata demikian kepada laman web mStar baru-baru ini.

Malan menurutnya lagi, perancangannya mungkin akan jadi kenyataan selepas beliau bertemu dengan pihak Astro untuk membincangkan mengenai perancangan itu.

“Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada, malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu. InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan betul hala tujunya pasti akan ada “Pok Ya Cong Codei 2”

Bagaimanapun, Sabri Yunos mengakui pembikinan sekuel ini akan memberi sedikit tekanan berikutan penonton menaruh harapan tinggi terhadap telefilem ini, namun dia optimis mengenai perkara itu.

Pengarah berusia 57 tahun itu bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada jalan cerita yang bakal ditampilkan dan mahu beri sesuatu berbeza daripada yang pertama dan lebih menarik.

Terdahulu, telefilem yang mula ditayangkan pada 20 Januari lalu menjadi sebutan ramai apabila naskhah arahan Sabri dikatakan menampilkan jalan cerita yang ringan tetapi cukup menarik. Malah apa yang mencuit hati penonton adalah gelagat Pok Ya yang tidak tahu menyebut perkataan Concorde yang disebut sebagai Cong Codei.

Selain Sabri, “Pok Ya Cong Codei” turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Mustapha Kamal, Uqasha Senrose, Fikri Ibrahim, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee