Berita

Sekuel Mad Max Bakal Dihasilkan

View

Selepas pertikaian kewangan yang berpanjangan diantara pengarah / penulis George Miller dan Warner Bros dikatakan semakin selesai, akhirnya peminat mungkin berpeluang menyaksikan filem sekuel Mad Max: Fury Road.

Menurut laporan dari IndieWire, selepas terbitnya filem Mad Max: Fury Road,  Miller dan penulis bersama, Brendan McCarthy telah membangunkan skrip yang cukup untuk menghasilkan dua buah filem. Salah satu skrip tersebut dilaporkan akan memberi fokus kepada watak protagonis, Max Rockatansky lakonan Tom Hardy, manakala sebuah lagi merupakan spin-off / prekuel yang akan memberi fokus kepada watak Charlize Theron, Imperator Furiosa.

Sebelum ini, Miller mempunyai perancangan untuk menghasilkan spin-off Furiosa, bagaimanapun produksi filem tersebut tertangguh disebabkan perbalahan kewangan diantara Miller dan Warner Bros. mengenai pembahagian bonus. Tetapi kini, perbalahan diantara mereka hampir selesai, dah peluang untuk menghasilkan sekuel dan spin off Mad Max mungkin akan dapat direalisasikan.

“We’re still solving, we’ve got to play out the Warners thing, it seems to be pretty clear that it’s going to happen,”

The chaos has stabilized and it’s become extremely positive as the dust seems to have settled after [the AT&T merger].”

Mad Max: Fury Road merupakan filem keempat dalam francais Mad Max. Filem arahan George Miller itu ditayangkan pada 2015 yang lalu dan berjaya meraih $378.9 juta dolar seluruh dunia dan mendapat maklumbalas positif dari para pengkritik serta penonton.

BACA:  Pelakon “E.X.I.T” Kongsikan Video Ucapan Terima Kasih Selepas Filem Ditonton Lebih 6 Juta Kakiwayang

Filem tersebut turut dibintangi pelakon Nicholas Hoult, Rosie Huntington-Whiteley, Riley Keough, Zoë Kravitz, Abbey Lee, dan Courtney Eaton.

Kepada kaki-kaki wayang diluarsana, adakah anda bersedia untuk menyaksikan filem Mad Max seterusnya? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares