Berita

Sekuel KNIVES OUT Sah Akan Dihasilkan!

Views

Susulan kepada kejayaan komersial dan kritik Knives Out, studio Lionsgate telah memberi lampu hijau kepada Rian Johson untuk menghasilkan sekuel filem pembunuhan misteri itu, dengan produksi akan dimulakan secepat mungkin.

Pada Januari yang lalu, Johnson mendedahkan sekuel Knives Out akan memberi fokus kepada karakter lakonan Daniel Craig, Benoit Blanc yang menyiasat satu kes baru melibatkan barisan watak yang baru.

Knives Out ditayangkan pada 27 November yang lalu, dan mengutip hampir $300 juta dolar seluruh dunia. Selain itu juga, filem tersebut turut mencatatkan beberapa kejayaan antarabangsa antaranya dicalonkan dalam tiga kategori Golden Globes Awards termasuklah dalam kategori Filem Terbaik dan tercalon dalam Academy Award menerusi kategori Lakonlayar Terbaik.

Dalam filem yang lalu, Detektif Blanc telah diupah oleh individu misteri untuk menyiasat satu kes kematian melibatkan keluarga novelis terkenal, Harlan Thrombey. Siasatan tersebut telah membawa kepada drama keluarga yang cukup rumit dan mencuit hati.

Selain Daniel Craig, Knives Out turut dibintangi Chris Evans, Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

Tinggalkan Balasan

shares