Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Knives Out Kini Dalam Pembangunan, Daniel Craig Bakal Kembali Meneruska Watak Benoit Blanc

Susulan kejayaan komersial dan respon positif dari pengkritik dan peminat, penulis / pengarah Rian Johnson mengesahkan bahawa sekuel Knives Out kini sedang dalam pembangunan dengan Daniel Craig akan kembali memainkan peranannya sebagai detektif Benoit Blanc.

Ketika bercakap kepada The Hollywood Reporter, Johnson turut mendedahkan sedikit butiran lanjut mengenai filem terbaru itu. Dalam filem akan datang, Detektif Blanc akan menyiasat kes terbaru yang melibatkan barisan pelakon baru. Selain itu juga, pengarah tersebut mensasarkan tarikh tayangan pada tahun hadapan.

Knives Out yang ditayangkan pada hujung November yang lalu telah menjadi hit dikalangan peminat seluruh dunia sehingga berjaya meraih $240 juta dolar. Filem itu juga turut tercalon dalam beberapa kategori Anugerah Golden Globes 2020 termasuklah Filem Terbaik, dan dikatakan menjadi pencabar terkuat untuk pencalonan Oscar akan datang.

Dalam filem yang lalu, Detektif Blanc telah diupah oleh individu misteri untuk menyiasat satu kes kematian melibatkan keluarga novelis terkenal, Harlan Thrombey. Siasatan tersebut telah membawa kepada drama keluarga yang cukup rumit dan mencuit hati.

Selain Daniel Craig, Knives Out turut dibintangi Chris Evans, Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

*Knives Out masih lagi ditayangkan dibeberapa pawagam tempatan. 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment