Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

SEKUEL KEDUA DRAMA ‘SAGA 2.0’ TAMPIL PLOT SERBA BAHARU

Kesinambungan kisah aksi mantap yang sarat dengan pengajaran menerusi empat buah episod istimewa di Astro Ria mulai 18 Ogos ini

Drama mini bersiri ‘SAGA 2.0’ merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah ‘SAGA’ yang menampilkan penceritaan penuh aksi bertemakan elemen pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) terbitan syarikat produksi MediaCorp TV Singapore Pte. Ltd.

Kesinambungan bahagian kedua bakal mengetengahkan konflik dan plot twist serba baharu yang dikembangkan daripada edisi pertama bagi menyuntik kelainan segar untuk naratif kisah kali ini.

Sekuel ‘SAGA 2.0’ diarahkan oleh sutradara Khairudin Samsudin serta turut menampilkan Azizah A Malik selaku penerbit eksekutif dan Azian Pasiran selaku penulis skrip. Drama ‘SAGA 2.0’ diterajui oleh pelakon handalan seperti Imam Shah, Jeff Catz, Hasnul Rahmat, Hannah Delisha dan Shah Iskandar.

Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh bintang atlet MMA iaitu  Amir Khan dan Agilan Thani.‘SAGA 2.0’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 18  Ogos 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibe

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment