Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Jumanji: Welcome To The Jungle Bakal Dihasilkan


Jumanji: Welcome To The Jungle dikhabarkan bakal mendapat sekuel tidak lama lagi. Kejayaan dari segi kewangan telah mendorong pihak Sony untuk menghasilkan sekuel filem pengembaraan komedi itu secepat mungkin.

Menurut laporan The Wall Street Journal sekuel Jumanji dijangka akan ditayangkan penghujung tahun 2019 – dimana mereka sekali lagi akan berentap dengan filem Star Wars: Episode IX yang turut ditayangkan pada penghujung 2019.

Filem yang dibintangi oleh Dwayne ‘Rock’ Johnson, Karen Gillan, Jack Black, Kevin Hart dikatakan telah berjaya menewaskan filem Star Wars dibeberapa negara termasuk Malaysia, dan filem ini juga menjadi filem kedua terlaris sepanjang zaman untuk pasaran Malaysia dengan kutipan lebih RM40 juta.

Walaupun perancangan filem kedua ini masih belum diumumkan oleh pihak studio, keempat-empat pelakon utama dijangka akan bersatu kembali dalam filem terbaru itu nanti. Apapun kita tunggu pengumuman dari pihak studio mengenai perancangan mereka untuk menghasilkan sekuel Jumanji: Welcome to the Jungle


Related posts

The Rock Tidak Pernah “Followed” Akaun Instagram Black Adam & Warner Bros.

Kakimuvee

The Rock ‘Unfollowed’ Instagram Black Adam & Warner Bros.

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee