Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Sekuel J Revolusi Memulakan Penggambarannya November Ini, Akan Berkonsepkan Aksi Komedi

Salah Satu Babak filem J Revolusi

Filem kedua J Revolusi yang berjudul J Retribusi dijangka akan memulakan penggambarannya pada November tahun ini. Perkara itu didedahkan oleh penerbit eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai yang turut memberitahu ia akan dijadikan sebagai filem trilogi

“Selepas kejayaan filem pertama, pihak kami ada berbincang dan buat keputusan untuk jadikan filem ini sebagai trilogi. Ia akan mengekalkan pelakon utama iaitu Zul Ariffin sebagai watak Jay,”

Menurut Gayatri, filem kedua dan ketiga ini akan diberi judul J Retribusi dan J Resolusi. Selain itu juga, Gayatri mendedahkan filem kedua akan datang tidak seperti filem pertama yang lebih kepada aksi drama, tetapi sebaliknya lebih kepada aksi komedi.

“Bukan mudah untuk hasilkan filem sekuel ini. Selepas filem pertama berjaya ia hanya ada dua kemungkinan untuk filem sekuel, iaitu berjaya atau merosot teruk. Oleh itu, pihak kami mahu memastikan naskhah terbaru ini berbeza dengan filem pertama.

“Filem pertama merupakan aksi drama, tetapi untuk filem sekuelnya pula ia akan dirancang sebagai aksi dan komedi. Saya ingin jelaskan bahawa ia bukan filem aksi komedi seperti Abang Long Fadil.”

Jadi kepada penonton yang pernah menyaksikan J Revolusi dipawagam, apa pendapat anda filem ini dijadikan sebuah filem aksi komedi? berikan pendapat anda yang bernas diruangan komen.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Spilt Gravy Dominasi Festival Filem Malaysia Ke-32, Bawa Pulang Trofi Filem Terbaik

Kakimuvee

OST Mechamato Movie ‘Temaniku’ Cecah 8 Ribu Putaran Di Spotify

Kakimuvee

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Rasuk & Tiga Janda Melawan Dunia Raih 17 Pencalonan FFM32

Kakimuvee

Viu Malaysia Umum Lima Viu Original Bagi Tahun 2023

Kakimuvee

Drama Terbaru Viu Original, Hilang, Ketengahkan Elemen Seram & Mendebarkan

Kakimuvee

SPOTV Akan Menyiarkan “All Elite Wrestling” Secara Ekslusif Di Malaysia

Kakimuvee

Leave a Comment