
Sekuel I Am Legend kini sedang dalam pembangunan dengan calon Oscar Will Smith (King Richard) dan calon Emmy Micheal B. Jordan (Black Panther) bersedia untuk membintangi dan menerbitkan filem terbaru itu.
Akiva Goldsman (A Beautiful Mind), yang menulis adaptasi filem pertama berdasarkan novel tahun 1954 karya Richard Matheson, akan menulis lakon layar untuk ansuran kedua.
Smith baru-baru ini menyiarkan foto penggoda yang merujuk kepada projek baharu, menyebut Jordan dalam siarannya. Anda boleh lihat foto yang dikongsikan Smith di bawah:
Goldsman turut menjadi penerbit projek bersama Greg Lassans menerusi syarikat mereka, Weed Road Pictures. Plot sekuel I Am Legend masih lagi belum didedahkan, dan tiada pengarah yang terlibat dengan projek terbaru buat masa ini.
Jordan dan Elizabeth Raposo akan menjadi penerbit melalui syarikat Outlier Society mereka, manakala Smith dan Westbrook Studios Co-President dan Ketua Motion Pictures Jon Mone juga akan menjadi penerbit. Ryan Shimazaki menyelia projek itu bagi pihak Westbrook Studios. James Lassiter akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.
I Am Legend berlaku bertahun-tahun selepas wabak misteri membunuh banyak manusia dan mengubah selebihnya menjadi raksasa, dengan satu-satunya mangsa yang terselamat – yang kebal terhadap virus itu – di New York City bergelut untuk mencari penawar.
Diarahkan oleh Francis Lawrence, filem pertama turut dibintangi oleh Alice Braga, Charlie Tahan, dan Dash Mihok. Filem ini memperoleh lebih AS$585 juta di box office seluruh dunia.