Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Dedah Sekuel HOBBS & SHAW Kini Sedang Dalam Pembangunan

Tidak dinafikan, gandingan Dwayne Johnson dan Jason Statham dalam filem Hobbs & Shaw berjaya menarik minat kaki-kaki wayang seluruh dunia. Filem spin off Fast & Furious itu berjaya meraih $760 juta dolar pada musim panas yang lalu, dan kini hanya menunggu masa untuk Universal memberi lampu hijau penghasilan filem sekuel.

Menurut laporan Screen Rant, Dwayne Johnson telah mengesahkan bahawa filem sekuel Hobbs & Shaw kini dalam perancangan. Johnson mendedahkan pekara tersebut ketika sesi soal jawab bersama peminat dilaman Instagram miliknya.

We are developing now the next film, the next [Hobbs & Shaw] movie, and I’m pretty excited about it…Just gotta figure out the creative right now, and the direction we’re going to go,”

Hobbs & Shaw yang ditayangkan Ogos yang lalu menerima respon positif dari peminat kerana memberikan adegan aksi yang padat. Selain itu juga, gandingan Johnson dan Statham menjadi salah satu faktor kejayaan filem aksi tersebut.

Spin off ini berkisarkan tentang Hobbs dan Shaw yang perlu menghalang Brixton Lore, seorang anarki – telah berjaya memiliki senjata biologikal yang mampu untuk memberi ancaman kepada manusia sejagat. Dengan bantuan ejen M16, Hattie Shaw yang juga merupakan adik-beradik Shaw, Hobbs dan Shaw perlu mengenepikan perbezaan antara mereka untuk bergabung dan seterusnya menjatuhkan musuh yang sangat berbahaya.

Skrip filem ditulis oleh Chris Morgan. Beliau terlibat dengan francais Fast and Furious sejak filem Tokyo Drift. Manakala bekas pengarah filem John Wick serta Atomic Blonde, David Leitch bertindak selaku pengarah.

Selain Dwayne Johnson dan Jason Statham, filem ini turut dibintangi pelakon seperti Vanessa Kirby, Eiza Gonzalez, Eddie Marsan dan Idris Elba yang memainkan peranan sebagai villain.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment