Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Filem District 9 Mungkin Akan Dihasilkan

Pengarah filem District 9, Neill Blomkamp merancang untuk menghasilkan sekuel filem sains fikesyen berkenaan. Beliau juga berkata, kemungkinan besar dia turut akan menghasilkan sekuel filem Elysium dan Chappie, dimana kedua-dua filem berkenaan diarahkan, ditulis dan diterbit olehnya sendiri.

Neill Blomkamp mula dikenali selepas filem District 9 telah menerima kritikan yang sangat positif serta dicalonkan dalam beberapa kategori anugerah Academy.

Beliau menyatakan hasratnya itu selepas merasmikan studionya sendiri, Oats Studios. Semasa ditemuramah oleh wartawan, dia ditanya samada akan menggunakan studionya sendiri untuk menghasilkan sekuel filem District 9, Elysium ataupun Chappie, ini jawapan yang diberi olehnya;

“Probably not, no. In order to do that you would have to interact with the studios that own those films. The whole point here is to just be autonomous and just do whatever we want. With District 9, I plan on making another film in that world. To go back and work with WETA, and make the film would be cool, but anything that pre-exists like that may not be the best fit for whatever we’re trying here.”

Neill Blomkamp

Filem District 9 telah mendapat rating yang sangat tinggi dilaman Rottentomatoes iaitu 90%, malah filem berkenaan menerima 4 pencalonan dalam dalam Academy Award termasuklah dalam kategori Best Picture. Selain itu juga, District 9 juga dianggap sebagai filem R-Rated terbaik dengan mengaut kutipan tiket sebanyak $210 juta dengan kos produksi sebanyak $30 juta.

Filem District 9 dikatakan tergantung selepas alien yang bernama Christoper dan anaknya meninggalkan Bumi dan berjanji pada Wikus (lakonan Sharlto Copley) yang mereka akan datang kembali untuk membawa penawar kepada penyakit yang dihadapi oleh Wikus. Selain itu juga, bangsa Alien yang berada di District 9 dipindahkan ke sektor yang lebih besar iaitu, District 10

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment