Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh


Dalam temubual terbaru dengan Collider baru-baru ini, pengarah Sam Hargrave telah mengesahkan bahawa sekuel Extraction mungkin memulakan penggambarannya pada Musim Luruh ini. 

Namun, dia mengakui segalanya mungkin berubah, bergantung pada situasi pandemik yang sedang melanda global.

“That’s] still the case, COVID-pending. That’s kind of everyone’s little caveat right now, but we’re moving forward on it as if we’re shooting in the fall. Joe [Russo] is still finalizing the script,”

“We’re all excited to read it. I’ve read different iterations, but I’m excited to read what he turns in. We’re all looking forward to getting back in the saddle and hopefully bringing another action-packed adventure in the ‘Extraction’ universe.”

Filem pertama Extraction telah ditayangkan di Netflix pada 24 April yang lalu dan menjadi filem ‘original’ Netflix yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi iaitu sebanyak 99 juta penonton. Kejayaan tersebut mendorong Netflix untuk menghasilkan sekuel dengan Russo Brothers dan Chris Hemsworth kembali terlibat dalam sekuel akan datang.


Bertempat di dunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, Extraction berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan di antara kumpulan pengedar dadah.

Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.

Barisan pelakon terdiri daripada  Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.

Extraction diarahkan oleh Sam Hargrave, yang juga merupakan koordinator lagak ngeri untuk filem Atomic Blonde. Filem aksi ini boleh ditonton dilaman penstriman Netflix.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee