
Penerbit Joe dan Athony Russo memberikan perkembangan terbaru mengenai sekuel Extraction.
Ketika temubual bersama Comic Book baru-baru ini, Russo Brothers mendedahkan bawa mereka kini sedang dalam proses menyiapkan lakonlayar dan mensasarkan tahun hadapan untuk memulakan penggambaran.Â
“Yeah we’re still working on two,”
“We’re in the script phase right now but we’re hoping to shoot that sometime next year. And then you know, say I’m super excited, Hemsworth’s super excited, Netflix is excited so it’s really just a function of getting the script done.”
Filem pertama Extraction telah ditayangkan di Netflix pada 24 April yang lalu dan menjadi filem ‘original’ Netflix yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi iaitu sebanyak 99 juta penonton. Kejayaan tersebut mendorong Netflix untuk menghasilkan sekuel dengan Russo Brothers dan Chris Hemsworth kembali terlibat dalam sekuel akan datang.
Bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, Extraction berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.
Barisan pelakon terdiri daripada Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.
Extraction diarahkan oleh Sam Hargrave, yang juga merupakan koordinator lagak ngeri untuk filem Atomic Blonde. Filem aksi ini boleh ditonton dilaman penstriman Netflix.
Â