Selepas seminggu mencatatkan jumlah tontonan tertinggi untuk filem ‘original’ Netflix, perkhidmatan penstriman video itu terus memberi lampu hijau untuk menghasilkan sekuel filem Extraction lakonan Chris Hemsworth dengan Joe Russo (Avengers: Endgame) kembali sebagai penulis lakon layar.
Joe dan Anthony Russo turut kembali sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka AGBO. Pengarah Sam Hargrave dijangka kembali sebagai pengarah, dan Hemsworth turut dilaporkan akan meneruskan wataknya sebagai Tyler Rake,
Bagaimanapun, menurut sumber, Netflix tidak akan menandatangani kedua-dua individu itu sehingga skrip disiapkan.
“The deal is closed for me to write Extraction 2, and we are in the formative stages of what the story can be,”
“We’re not committing yet to whether that story goes forward, or backward in time. We left a big loose ending that leaves question marks for the audience.”
Meskipun Hargrave dan Hemsworth belum disahkan kembali untuk projek akan datang, Russo memberi jaminan bahawa kedua-dua mereka akan kembali. Russo juga mengatakan yang dia kini sedang memberi fokus untuk menulis lakonlayar,
Sementara itu, menerusi laman sosial Instagram, Hemsworth mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana menyokong filem terbarunya.
Bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, Extraction berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.
Barisan pelakon terdiri daripada Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.
Diarahkan koordinator lagak ngeri Atomic Blonde, Sam Hargrave, Extraction kini sedang ditayangkan di laman penstriman video Netflix.