Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dredd 2 Mungkin Akan Dihasilkan, Tetapi Bukan Dalam Bentuk Live-Action

Selepas kegagalan filem Judge Dredd lakonan Sylvester Stallone pada tahun 1995 yang menyebabkan peminat komik Dredd kecewa, pengarah Peter Travis dan penulis skrip Alex Garland bergabung tenaga menghasilkan filem reboot Dredd pada tahun 2012.

Filem reboot berkenaan telah mengembalikan zaman kegemilangan Dredd dan team produksi memberikan apa yang peminat mahukan apabilan menonton filem aksi berkenaan. Dredd bukan sahaja penuh dengan aksi, malah telah mencapai objektif mereka dan mendapat review dan kritikan positif berbanding filem pertama walaupun hanya mampu mendapat modal pembikinan filem berkenaan.

Walaupun mendapat review positif baik dari pengkritik dan peminat, kita tidak akan dapat melihat sekuel Dredd buat ini memandangkan kekangan budget telah menjadi penghalang untuk menghasilkan filem kedua. Pihak Studio dikatakan enggan mengeluarkan modal, dipercayai berkait rapat dengan prestasi kutipan tiket pada filem tahun 2012.

Terdapat seorang individu di arena Hollywood yang benar-benar ingin melihat sekuel Dredd menjadi kenyataan. Individu yang dimaksudkan ialah Adi Shankar. Dia bersama pelakon utama Dredd Karl Urban telah cuba melobi pihak studio untuk meneruskan sekuel filem berkenaan tetapi hasilnya mengecewakan.

Elemen keganasan, Aksi dan kejam menjadikan Dredd 2012 lebih diminati

Namun baru-baru ini, temubual diantara Shakar dan laman hiburan Collider, Shakar memberitahu yang tidak akan berputus asa menghasilkan Dredd 2 dan yakin filem berkenaan akan dihasilkan juga. Persoalan yang timbul dalam pemikiran penerbit berkenaan samada sekuel bakal dibuat dalam bentuk live-action ataupun animasi.

“If anyone is still wondering, there’s no update on a Dredd sequel, but I’m gonna make it happen at some point. It may not be live-action, but it’s going to happen at some point. There will be more Judge Dredd at some point.”

Tidak mustahil Shankar akan menghasilkan sekuel Dredd dalam bentuk animasi memandangkan dia pernah menghasilkan animated web series bertajuk Judge Dredd: Superfriend pada tahun 2014 yang merupakan projek fan-films yang dihasilkan olehnya.

Walaupun peminat berharap Dredd 2 diterbitkan dalam bentuk live-action, kemungkinan besar ia tidak akan berlaku, mungkin pihak studio tidak mahu mengalami kerugian.

Apa pendapat anda sekiranya Dredd 2 diterbitkan dalam bentuk animasi?

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment