Sekuel Drama Secret Forest / Stranger Akan Dihasilkan, Sasar Tayangan 2020

172
views

Drama Korea terbitan tvN berjudul Stranger / Secret Forest (2017) akan dihasilkan sekuel tidak lama lagi dan mensasarkan tayangannya pada tahun 2020.

Menurut laporan dari Soompi, pelakon asal iaitu Cho Seung Woo, Lee Joon Hyuk, dan Yoon Se Ah disahkan akan kembali membintangi musim kedua drama tersebut, manakala Bae Doo Na turut dilaporkan telah menerima tawaran, dan mungkin akan kembali memainkan peranannya dalam sekuel akan datang.

Drama Stranger musim pertama mengisahkan mengenai pendakwaraya Hwang Shi Mok (Cho Seung Woo) yang ketika kecil menjalani pembedahan otak sehingga dia menjadi seseorang yang tidak beremosi. Satu kes pembunuhan membuatnya bertemu dengan leftenan polis Hen Yeo Jin (Bae Doo Na). Dari kes pembunuhan ini, Hwang Shi Mok merungkaikan kemungkinan terjadinya korupsi besar di Jabatan Pendakwaraya Korea yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.

Drama ini seakan menyindir kes korupsi yang berlaku di Korea Selatan sendiri yang berkaitan dengan bekas presidennya yang meletak jawatan sebagai presiden kerana didakwa makan rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here