Filem crime thriller Don’t Breathe yang diterbitkan pada tahun 2016 bakal dihasilkan sekuel tidak lama lagi. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh pelakonnya Stephen Lang baru-baru ini. Pertama kali berita mengenai perancangan sekuel filem ini kedengaran adalah pada penghujung 2016 selepas filem berkenaan sukses dilayar perak.
Pelakon utama filem berkenaan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan James Cameroon yang juga merupakan filem sekual, Avatar. Semasa ditemubual baru-baru, Stephen Lang yakin dengan penghasilan filem kedua yang dilakonkanya pada tahun 2016 itu.
“Oh yeah, we’re doing a sequel.” – Stephen Lang
Sementara itu, pengarahnya Fede Alvarez kini sedang merangka perjalanan filem keduanya itu nanti. Beliau buat masa ini tidak mendedahkan plot dan sinopsis filemnya itu, bagaimanapun mengesahkan penglibatan Stephen Lang dalam sekuel akan datang,
“Right now, yeah, Don’t Breathe 2 is something we definitely want to do. The challenge obviously is, we just don’t want to do the same movie again, slap a ‘2’ on it. We’ll feel so embarrassed if we do that. Our first reaction when they told us, ‘Do you want to do it?’ was like, ‘No, no, no, no, no, no, no, no. That’s Hollywood! That’s the devil! We don’t want to make a sequel just because we can.’ But then we got an idea that we’re really excited about, and I won’t tell you what it is because it will spoil the whole thing.”
Penamat filem pertama Don’t Breath membuka peluang kepada penghasilan filem kedua selepas watak antagonis dalam filem tersebut terselamat dan masih hidup. Bagi studio penerbitan Sony pula, jika filem pertama berjaya dari segi kewangan, mereka pasti akan menggandakan pulangan mereka dengan menghasilkan filem kedua. Don’t Breath berjaya mengutip $157.1 juta dolar berbanding modal pembikinan filem yang kurang dari $10 juta, malah filem berkenaan juga mendapat respond positif dari pengkritik dan penonton filem.