Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel “Cloverfield” Akan Dihasilkan Di Paramount

Sudah 13 tahun sejak peminat mula diperkenalkan ke dunia Cloverfield dari Drew Goddard (Bad Times at the El Royale), Matt Reeves (The Batman) dan J.J. Abrams. Setelah dua sekuel tidak langsung, francais ini akan kembali ke akar umbi dengan ‘direct sequel’ yang ditulis oleh Joe Barton, menurut The Hollywood Reporter.

Butiran plot untuk filem keempat Cloverfield masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber, filem terbaru itu sedang ditulis oleh Barton dan tidak akan menggunakan format ‘found footage’ seperti filem asal.

J.J. Abrams akan kembali sebagai penerbit menerusi syarikat produksinya Bad Robot bersama-sama Hannah Minghella dan Paramount Pictures. Bagaimanapun, pengarah dan penulis asal, Matt Reeves serta Drew Goddard tidak akan terlibat dalam projek ini. 

Sebagai tambahan, Joe Barton baru sahaja terpilih menjadi ‘showrunner’ untuk siri Gotham Police Department, ‘spin off’ kepada filem arahan Reeves, The Batman.

Filem asal berpusat pada sekumpulan individu yang meraikan rakan mereka kerana mendapat pekerjaan di Jepun, tetapi berhadapan dengan situasi menakutkan dan mesti keluar dari bandar kerana diserang makhluk besar yang tidak diketahui asal usulnya. 

Cloverfield dihasilkan dengan bajet $25 juta dolar dan menggunakan kempen pemasaran viral yang serupa dengan The Blair Witch Project. Filem ini menjadi hit dan berjaya menjana lebih $172 juta dolar di seluruh dunia, serta menerima ulasan positif untuk naratif sinetema, dan pengarahan Matt Reeves.

Kejayaan filem pertama telah mewujudkan francais yang melibatkan siri prekuel manga dan dua sekuel iaitu 10 Cloverfield Lane (2016) dan The Cloverfield Paradox. 

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment