Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Brightburn Bakal Dihasilkan?

Filem ‘superhero horror’ Brightburn yang ditayangkan beberapa bulan yang lalu berjaya mencipta kelainan dikalangan peminat filem superhero khususnya. Ini disebabkan penceritaannya ala superhero DC Superman, cuma penceritaannya agak ‘dark’ dan ‘superhero’nya sebenarnya adalah ‘supervillain’ yang mampu mengancam penduduk dunia.

Bagi yang meminati filem tersebut, pasti tertanya-tanya adakah filem tersebut akan dihasilkan sekuel?

Seorang peminat sempat bertanyakan soalan mengenai sekuel Brightburn kepada James Gunn dilaman Instagram milik pengarah tersebut dan Gunn membalas soalan tersebut dengan mengatakan filem kedua Brightburn kini dalam perbincangan.

“I think I’m tied up for the next few years with Suicide Squad and the Guardians [of the Galaxy] but we’re talking about the sequel.”

Nampaknya James Gunn berminat untuk mengembangkan lagi cerita filem Brightburn. Cuma peminat perlu menantikan perkembangan mengenai sekuel Brightburn dimasa akan datang.

Filem Brightburn diarahkan oleh David Yarovesky dan diterbitkan James Gunn bersama-sama Kenneth Huang. Filem tersebut mengisahkan tentang seorang kanak-kanak makhluk asing yang dibesarkan di Bumi dan memiliki abiliti luarbiasa. Dia kemudiannya menggunakan kelebihannya itu menimbulkan huru-hara di pekan kecil tempat tinggalnya.

Brightburn berjaya meraih $31.3 juta dolar dengan kos pembikinan hanya $6 juta dolar.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment