Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Atomic Blonde Akan Dihasilkan, Bakal Ditayangkan Di Laman Penstriman


Filem aksi pengintipan Atomic Blonde bakal dihasilkan sekuel, menurut pengarah filem David Leitch. Walaupun begitu berkemungkinan besar, filem tersebut tidak akan ditayangkan di layar perak, sebaliknya dilaman penstriman video.

Dalam temubual semasa mempromosikan filem terbaru arahannya iaitu Hobbs & Shaw, David Leitch mengesahkan pembangunan sekuel Atomic Blonde telahpun bermula, namun tidak banyak butiran yang boleh dikongsi kerana kekurangan maklumat. Dia cuma boleh mengesahkan filem tersebut akan ditayangkan menerusi platform penstriman tanpa memberitahu platform mana yang akan dipilih.

“I think there is [still talk of a sequel]. A streaming service is into it. I don’t know all the details. I was a work-for-hire on that movie, but at the end of the day, Kelly McCormick, my producing partner and my wife, she will be involved, I’m sure, as a producer. That’s how I got the gig in the first place. We’ll see.”

Setakat ini peminat hanya boleh berspekulasi mengenai filem Atomice Blonde 2 memandangkan masih tiada pengesan rasmi dari pihak penerbit, terutamanya penglibatan David Leitch sebagai pengarah.

David Leitch bakal terlibat dalam dua projek akan datang iaitu filem Undying Love dan filem Netflix The Division, adaptasi dari permainan video yang dibintangi Jake Gyllenhaal serta Jessica Chastain



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd