Berita

Sekuel ALADDIN Bakal Dihasilkan!

Views

Meskipun mendapat penerimaan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, ia tidak menghalang filem adaptasi live action Disney, Aladdin meraih kutipan lebih $1 billion dolar seluruh dunia. Kejayaan komersial itu telah mendorong pihak studio untuk memberi lampu hijau penghasilan filem sekuel Aladdin.

Rundingan untuk menghasilkan sekuel telahpun bermula sejak Ogos tahun lalu, beberapa bulan selepas Aladdin ditayangkan. Penerbit Dan Lin juga turut menyatakan kesediaannya untuk membawa pengarah Guy Ritchie (The Gentlemen) kembali mengarahkan filem sekuel akan datang.

Plot masih lagi tidak didedahkan, tetapi menurut sumber, filem akan datang tidak akan diadaptasikan dari filem video Return of Jafar. Penulis skrip John Gatnis (Flight) dan Andrea Berloff (Straight Outta Compton) telah diberi tanggungjawab untuk merangka skrip.

Lin akan kembali sebagai penerbit bersama-sama Jonathan Elrich, yang pernah menerbitkan filem asal. Ryan Halprin akan menjadi penerbi eksekutif. Setakat ini tidak dipastikan sama ada Ritchie atau tiga bintang utama kembali dalam filem akan datang, tetapi menurut perancangan, kontrak hanya akan ditawarkan kepada mereka selepas skrip siap sepenuhnya.

BACA:  Idris Elba Dilaporkan Positif Coronavirus

Filem yang lalu dibintangi Will Smith sebagai Genie, bersama-sama Mena Massoud sebagai Aladdin, Naomi Scott sebagai Princess Jasmine, Marwan Kenzari sebagai Jafar dan beberapa pelakon lain.

Tinggalkan Balasan

shares