Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel It Akan Ditayangkan Pada September 2019

Studio Warner Bros. dan New Line telah membuat keputusan bahawa 6 September 2019 adalah tarikh tayangan filem IT: Chapter Two. It yang diarahkan oleh Andrés Muschietti adalah filem yang diadaptasikan dari novel Stephan King dan telah menjadi sangat popular sejak ia ditayangkan dan turut memecahkan beberapa rekod antaranya menjadi filem seram r-rated paling tinggi kutipan, menyingkirkan rekod kutipan filem The Exorcist.

Filem It yang mula ditayangkan 3 minggu yang lalu baru menceritakan separuh dari apa yang tertulis dalam novel IT dan filem kedua nanti akan menyambung dari filem pertama serta menyelesaikan keseluruhan cerita dalam novel tersebut.

Buat masa ini, hanya Gary Dauberman disahkan menjadi penulis untuk sekuel manakala Andrés Muschietti dalam proses menandatangani kontrak sebagai pengarah. Selain itu, dijangka semua pelakon kanak-kanak akan kembali dalam sekuel serta beberapa pelakon dewasa yang akan membawakan watak geng The Loser Club semasa mereka dewasa.

Difahamkan, sekuel akan datang mungkin akan menceritakan kepada kisah lampau Pennywise, pengembaraan ke dimensi lain serta akan ada makhluk Maturin (The Turtle). Apapun kita nantikan perkembangan filem kedua ini nanti, dan anda semua boleh cari dan mula membaca novel IT bagi mendapat gambaran untuk filem sekuel akan datang

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment