Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel A Quiet Place Bakal Dihasilkan


Tidak dinafikan filem A Quiet Place adalah sebuah filem seram yang sangat menarik dan tidak tipikal dengan filem-filem seram yang lain. Filem tersebut bukan sahaja mendapat kritikan sangat positif dari para pengkritik, malah turut diminat pengemar-pengemar filem seram.

Disebabkan kejayaannya itu, sekuel A Quiet Place telah pun dirancang oleh pihak studio dengan John Krasinski akan turut terlibat dalam pembikinan filem kedua itu nanti. Pekara ini dedahkan sendiri oleh penerbit filem Andrew Form.

Cuma setakat ini tidak diketahui sama ada filem terbaru nanti akan berbentuk prekuel atau sekuel memandangkan penglibatan John Krasinki dalam projek terbaru ini. Watak Kransinki telah dimatikan dalam filem pertama selepas dia mengorbankan dirinya demi menyelamatkan anak-anaknya. Ataupun Kransinki mungkin bertindak dibelakang tabir sahaja.

Filem pertama A Quiet Place yang dibintangi John Kransinki dan isterinya, Emily Blunt telah berjaya meraih $326 juta dolar seluruh dunia dari modal pembikinan sekitar $17 juta dolar sahaja. Malah filem ini menerima penerimaan yang baik dari pengkritik dan penonton apabila meraih 95% dilaman Rottentomatoes dan 7.9/10 dilaman iMDB

Setakat ini, sekuel A Quiet Place masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi dan masih diperingkat awal.



Related posts

Emily Blunt Kongsikan Perkembangan Terbaru Sekuel Edge of Tomorrow

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee