Slot Tempatan

Sektor Pawagam Bakal Dibuka Kembali Dengan SOP Ketat

Views

Bagi yang merindui pengalaman menonton filem di pawagam, ada berita baik buat anda.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan beberapa lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor termasuk pawagam.

Antara SOP tersebut menetapkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur di atas 60 tahun tidak dibenarkan memasuki pawagam.

Selain itu, garis panduan itu menyatakan bahawa premis berkenaan mesti memastikan perkara berikut:

  • Mereka yang memiliki suhu badannya melebihi 37.5 darjah celcius atau menunjukkan gejala tidak dibenarkan memasuki premis.
  • Pekerja dan pelanggan harus memuat turun aplikasi MySejahtera untuk tujuan mencari kenalan.
  • Premis mesti dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dan selepas tayangan filem.
  • Pembersihan dan pembasmian kuman mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
  • Susunan tempat duduk mesti mematuhi penjarakan sosial satu meter.

Walaupun situasi COVID-19 di Malaysia semakin pulih, orang awam perlu memastikan SOP dipatuhi bagi mengelakkan penularan semula virus.

Setakat ini tarikh pembukaan semula sektor pawagam masih belum diumumkan kerajaan, tetapi melihat kepada SOP yang dikeluarkan MKN, dijangka pawagam bakal beroperasi tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

shares