Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Sekolah Diserang Zombi Dalam Trailer Rasmi All of Us Are Dead”

Netflix telah melancarkan treler penuh untuk siri drama seram Korea Selatan terbaru All of Us Are Dead, yang berpusat di sekitar serangan zombi di sekolah menengah. Siri ini akan tersedia untuk penstriman pada hari Jumaat, 28 Januari.

Treler terbaru itu menyoroti kakacauan yang tercetus apabila sebuah sekolah bertukar menjadi medan pertempuran berdarah, di mana para pelajar mesti berjuang untuk kelangsungan hidup mereka. Ia juga memberikan kepada kita pratontotn tentang asal usul virus, yang melibatkan seorang sains yang gila. 


Anda boleh tonton trailer dibawah:

Berdasarkan novel grafik webtoon popular karya Joo Dong-Geun terbitan tahun 2009, All of Us Are Dead mengisahkan sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah menengah yang mendapati diri mereka berada dalam situasi yang agak teruk ketika mereka berusaha untuk diselamatkan daripada pencerobohan zombi di sekolah mereka. 

Siri ini bersedia untuk membuka lembaran baru dalam sejarah zombi dengan kisah remaja yang berani yang berjaya mencari cinta dan persahabatan walaupun di tengah-tengah apokalips zombi.

Barisan pelakon terdiri daripada pelakon muda termasuklah Yoon Chan-Yeong (Mama) sebagai Cheong-san, Park Ji-Hu (House of Hummingbird) sebagai On-jo, Cho Yi-Hyun (Metamorphosis) sebagai Nam-ra, Lomon (Bleak Night) sebagai Su-hyeok, dan Yoo In-Soo (School 2017) sebagai Gwi-nam. Menyertai mereka ialah Lee You-Mi dan Lim Jae-hyeok.

All of Us Are Dead diarahkan bersama oleh Lee JQ (Beethoven Virus, Intimate Strangers) dan Kim Nam-Su daripada skrip yang ditulis oleh Chun Sung-Il. Ia adalah produksi oleh Film Monster.

Related posts

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment