Sejauh Mana Keseriusan Produser Tempatan Dalam Adegan Berkaitan Perubatan

0
586
views

greys_anatomy-e1440066048499

Dalam membuat satu-satu filem, 'homework' atau kajian perlu dilakukan oleh produser bagi memastikan jalan cerita dan babak yang dilakukan benar - benar nampak seperti dalam situasi sebenar. Sikap malas atau ambil mudah dalam hal ini pasti memberi impak terhadap mutu filem atau drama yang dihasilkan oleh mereka. Malah jika dikesan, berkemungkinan ianya akan menjadi lawak jenaka dikalangan penonton dan mungkin mendapat kritikan kerana kesilapan tersebut.

Antara adegan - adegan yang sering dipandang remeh oleh produser tempatan di Malaysia ini ialah yang berkaitan dengan kesihatan atau perubatan. 

Dalam sebuah posting di Facebook Page HEART-Health Empowerment and Reform Team, mereka telah mempersoalkan keseriusan produser filem di Malaysia dalam adegan-adegan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan. Bukan mereka sahaja, malah kami yakin, ramai penonton diluar sana juga mempersoalkan cara produser membuat adegan tersebut yang secara sambil lewa dan adakalanya tidak logik.

Adegan dalam drama Syurga Nur
Adegan dalam drama Syurga Nur

Admin page tersebut mempersoalkan displin perubatan terhadap seorang pesakit (pelakon) yang tidak sedarkan diri dalam satu babak drama bersiri Syurga Nur. Dalam episod itu tersebut, watak Nur telah dimasukkan ke dalam hospital dalam keadaan tidak sedar. Namun begitu, beliau hanya diawasi di dalam wad biasa, dan dipakaikan ‘oxygen mask’. Oxygen mask jenis ini selalunya digunakan untuk pesakit-pesakit asthma sahaja, bukan untuk pesakit yang tidak sedarkan diri, malah aliran air yang dicucuk juga dalam keadaan songsang.

Menurut mereka lagi, bukan drama itu sahaja yang melakukan kesilapan, Drama Cinta Berkalung Duri juga melakukan pekara yang sangat kelakar iaitu pemasangan Cervical Collar yang sepatutnya dipakai dileher tetapi pelakon drama tersebut - mungkin terlepas pandang atau tidak tahu - memakaikannya di kepala. Adegan kesilapan memakai Cervical Collar ini telah menjadi bahan jenaka di media sosial.

Cara pemakaian Cervical Collar yang salah telah menjadi bahan jenaka.
Cara pemakaian Cervical Collar yang salah telah menjadi bahan jenaka.

Jadi sebagai produser filem ataupun drama, sepatutnya adegan yang melibatkan kesihatan dan perubatan ini perlulah mendapatkan nasihat daripada yang pakar seperti pengamal perubatan, sepertimana mendapatkan nasihat PDRM dalam filem-filem berkaitan polis.

Ianya bukan saja meningkatkan kualiti filem atau drama tersebut, malah sekurang-kurangnya penonton dapat melihat prosedur perubatan yang betul dan yang penting sekali tidak menjadi bahan jenaka di media sosial.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here