Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Sejarah Penubuhan Spotify Akan Diceritakan Dalam Siri Terbaru Netflix

Netflix bakal menerbitkan siri terbaru adaptasi dari buku berjudul Spotify Untold tulisan wartawan Sven Carlsson dan Jonas Leijonhufvud yang berkisarkan tentang sejarah penubuhan laman penstriman musik Spotify.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, siri tersebut dikhabarkan akan memiliki ‘vibe’ seperti filem popular The Social Network arahan Aaron Sorkin.

Siri tersebut akan diarahkan oleh Per-Olav Sørensen, manakala Luke Franklin akan menjadi penerbit bersama-sama Berna Levin yang akan bertindak selaku penerbit eksekutif.

Spotify ditubuhkan pada 2006 oleh ahli perniagaan Daniel Ek, yang merupakan usahawan teknologi dan Martin Lorentzo. Platform streaming itu memberikan musik percuma dan tidak menyalahi undang-undang kepada para pendengar.

Sejak dari pelancaran rasminya pada 2008 sehinggakini, Spotify telah memiliki lebih 200 juta pengguna dan telah mengubah industri musik secara keseluruhannya.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment