Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”


Marvel Studios melancarkan trailer promo terakhir siri Disney+Ā WandaVision,Ā menampilkan rakaman terbaru yang menunjukkan pasangan watak utama ketika mereka bedua berjuang untuk kediaman mereka.Ā 

Dibintangi Elizabeth Olsen dan Paul Bettany, siri ini akan membuat debut pada Jumaat, 15 Januari dengan tayangan dua episod pertama di Disney+. Anda boleh tonton trailer promo dibawah.

WandaVision,Ā siri pertama Marvel Studios yang diciptakan secara eksklusif untuk Disney+, dibintangi pelakon seperti stars Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff, Paul Bettany sebagai Vision, Kathryn Hahn sebagai Agnes, dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau, karakter yang telah diperkenalkan kepada penonton dalam filemĀ CaptainĀ Marvel.

Kat Dennings kembali meneruskan peranannya sebagai Darcy dari filemĀ ThorĀ danĀ Thor: The Dark World,Ā dan Randall Park kembali sebagai Jimmy Woo dari filemĀ Ant-Man and The Wasp.Ā 

Berlatarbelakangkan era 1950an,Ā WandaVisionĀ akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision ā€“ dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal ā€“ mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee