Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Sedikit Keberanian Mampu Mengubah Nasib Dunia Dalam Trailer Terbaru Midway


Lionsgate telah melancarkan trailer terbaru filem Perang Dunia Kedua, Midway arahan Roland Emmerich. Filem ini dibintangi Ed Skrein sebagai Dick Best, Patrick Wilson sebagai Edwin Layton dan Mandy Moore sebagai Ann Best. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Midway berkisarkan tentang peperangan yang pernah terjadi semasa Perang Dunia Ke-2.  Pertempuran Midway merupakan antara peperangan paling dasyat diantara angkatan laut Jepun dan Amerika Syarikat, seperti yang diceritakan oleh para pemimpin dan pelayar yang bertempur di Teater Pasifik Perang Dunia Kedua.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Dennis Quaid, Darren Criss, Woody Harrelson, Keean Johnson dan Tadanobu Asano.

Midway akan menemui penonton tempatan mulai 7 November ini.

https://www.instagram.com/p/B2UDbRClbR1/?utm_source=ig_web_copy_link



Related posts

Lionsgate Yakin Filem MICHAEL JACKSON Akan Menjadi Hit Terbesar Studios Itu

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee