Siri TVTrivia

Sebuah Rahsia Yang Dilihat Buat Kali Pertama Di Siri Viu Original Terbaru, “Pretty Little Liars”

Melihat dengan lebih dekat bagaimana Viu memasukkan elemen yang tidak asing lagi dengan gaya hidup Asia dalam mengadaptasikan Pretty Little Liars

Views

Ungkapan, “two can keep a secret, if one of them is dead” dan “XOXO, Gossip Girl”, sudah tidak asing lagi buat ramai penonton di luar sana. Walaupun anda mungkin bukan dikalangan pengikut setia siri (young adult) yang telah mencipta populariti semenjak awal 2000 ini, tetapi anda mungkin pernah melihat atau mendengar beberapa coretan dari siri ini dari teman-teman atau pun melalui platform media sosial! Ungkapan-ungkapan yang cukup popular ini menjadi sinonim sejak siri ini mula ditayangkan. Misalnya “two can keep a secret, if one of them is dead”, adalah lirik dari sebuah lagu yang kemudiannya dilihat sangat sesuai dan sempurna untuk tema tayangan hit Warner Brothers, Pretty Little Liars. Sepuluh tahun kemudian setelah episod pertama ditayangkan dan tiga tahun sejak episod akhir siri tersebut, perkhidmatan penstriman video pan-serantau Over-The-Top (OTT), Viu, adalah yang pertama menghasilkan dan mengeluarkan semula siri dari format lesen Warner Brothers dengan nama sama dalam versi Asia.

Penggambaran siri adaptasi ini adalah di Bali, Indonesia dan merupakan arahan Pengarah Indonesia Emil Heradi. Adaptasi ini telah dibintangi oleh barisan pelakon muda yang berbakat malah mempunyai Eyka Farhana, pelakon Malaysia yang mempunyai ramai peminat dan seterusnya Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Shindy Huang! Ia mengisahkan lima orang sahabat karib yang terpisah setelah kehilangan ketua mereka, Alissa (lakonan Yuki Kato) secara misteri. Aria (lakonan Shindy Huang, Ema (lakonan Eyka Farhana), Hanna (lakonan Anya Geraldine) dan Sabrina (lakonan Valerie Thomas) bertemu kembali setelah hampir setahun selepas kehilangan Alissa apabila mereka mula menerima mesej daripada seseorang yang dikenali sebagai ‘A’. ‘A’ seolah-olah mengetahui semua rahsia mereka yang telah diceritakan kepada Alissa. Mereka berganding bahu, tekad untuk mencari dan mengetahui siapa ‘A’ sebelum rahsia gelap mereka terbongkar.

Sementara plot utama tidak tersasar jauh daripada siri Amerika yang terkenal, Viu telah menyesuaikan siri ini dengan gayanya tersendiri untuk memenuhi citarasa penonton Asia. Ini adalah lima cara yang telah Viu lakukan untuk menarik minat penonton Asia!

BACA:  Tarikh Tayangan THE BOYS Musim Kedua Didedahkan

Lokasi, Lokasi, Lokasi!

Peminat rancangan siri Amerika ini pasti mengetahui Rosewood, Pennsylvania, di mana penggambaran siri Amerika tersebut dijalankan. Terletak di kawasan yang sejuk di Amerika, di pinggiran kota ini juga turut menggambarkan perumahan pangsapuri yang lebih kecil dan iklimnya bersesuaian dengan susana tayangan siri tersebut: bersahaja, gelap dan misteri. Walau bagaimanapun, di Asia Tenggara tidak mempunyai iklim yang sejuk. Ini telah menjadikan Viu Original terbaru, Pretty Little Liars, penceritaanya lebih berani dan bahaya sesuai dengan musim panas. Penonton pasti dapat menikmati suasana pantai Amerta, Bali- di mana lokasi penggambaran Pretty Little Liars berlangsung dengan cuaca tropika yang lebih cerah serta menawarkan lokasi yang menakjubkan dari kelab pantai sehinggalah ke villa mewah dan kafe yang trendy. Mungkin anda sendiri pernah bercuti di beberapa tempat tumpuan ini!

Pemakaian Menarik dan Bersesuaian

Ya, blazer itu lebih sesuai untuk musim sejuk dan ia mungkin tidak selesa untuk dipakai di Indonesia yang panas sepanjang tahun. Fesyen memainkan peranan penting dalam kedua-dua versi siri ini. Viu Original Pretty Little Liars menggayakan pada musim luruh, pemakaian yang berlapis dan tona warna sejuk dengan blaus tanpa lengan, tunik, skirt yang beralun dan seluar pendek denim. Sememangnya, pemilihan pemakaian amat penting untuk mengatasi cuaca tropikal! Malah pelakon lelaki dalam siri Viu Original ini mengenakan pakaian berkolar dan t-shirt bercorak bunga – sesuai dengan pemakaian lelaki di kebanyakan bandar di Asia Tenggara. Pakaian musim sejuk tidak perlu dan tidak sesuai di sini!

“Say what?”

Sementara tayangan siri Amerika ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja, Viu Original mempunyai bukan hanya satu dialog, bahkan tiga jenis bahasa yang berbeza – Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jangan kuatir sekiranya anda tidak dapat bercakap atau memahami ketiga-tiga bahasa tersebut, sari kata akan disediakan! Asia Tenggara sememangnya kaya dengan pelbagai jenis budaya yang diterapkan dengan elemen dari pelbagai budaya dunia yang membentuk Asia Tenggara pada hari ini. Sebahagian besar dari kita mungkin boleh didapati bersalah menggunakan sekurang-kurangya dua atau tiga perkataan dari bahasa yang berbeza dalam satu ayat.

BACA:  STARGIRL To Premiere In Asia Exclusively On Warner TV On 10 June

Meraikan Kepelbagaian

Pretty Little Liars pada asalnya mengikut naratif Eurocentric untuk memenuhi permintaan penonton Barat tetapi melalui adaptasi Viu, kerana sejarahnya yang berbilang bangsa dan budaya, mempunyai sedikit fleksibiliti dalam meneroka identiti berkaitan etnik. Ianya telah menjadi dasar keseluruhan adaptasi ini walaupun dengan hanya plot yang sangat kecil. Anda pasti tersenyum ketika melihat ibu Ema, rakyat Malaysia yang tinggal di Amerta, mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung dan memasak nasi kandar dan ianya akan lagi memainkan emosi anda bila menonton Ema bergelut dengan kepercayaannya ketika dia cuba untuk mengimbangi keseronokan bersama rakannya dan dan dalam masa yang sama ingin menggembirakan ibu bapanya yang konservatif.

Seni dan Budaya

Anda pasti dapat menetapkan budaya tempatan dari gadis yang bersahaja, Aria (dan Eric), watak yang sangat meminati sastera Inggeris dalam rancangan Amerika, kini menjadi pelajar Kesusateraan Bahasa Indonesia yang menggunakan puisi dalam bahasa ibunda dan mengisi masa lapangnya dengan mengunjungi pameran tempatan dan filem kebangsaan bersama ibunya. Perbezaannya sedikit sahaja, sementara kekal sejati dengan watak asli, membenarkan tayangan ini bermain dengan pameran pemandangan seni dan budaya tempatan.

Teruja untuk melihat semua rahsia kecil yang baru sahaja kami kongsikan? Tunggu apa lagi?! Kesemua 10 episod Pretty Little Liars boleh didapati di Viu sekarang! Anda boleh menyaksikan siri thriller misteri drama remaja ini di pelbagai platform Viu termasuk aplikasi mudah alih, browser mudah alih, desktop, TV Android dan TV LG terpilih. Sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga boleh didapati untuk ditonton oleh semua Viuers.

Tinggalkan Balasan

shares