Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sebelum Gal Gadot, Aktres Ini Pernah Ditawarkan Watak Wonder Woman, Tetapi Beliau Menolaknya.

Tahukah anda, sebelum kita melihat superhero wanita, Wonder Woman versi Gal Gadot, terdapat seorang pelakon ini pernah dilamar oleh Warner Bros. Pictures untuk membawakan watak Wonder Woman dalam sebuah filem superheroTetapi pelakon tersebut menolaknya selepas menerima dan membaca skrip filem tersebut.

Siapakah pelakon tersebut? Pelakon yang dimaksudkan adalah Kate Beckinsale. Kate pernah ditawarkan watak tersebut oleh Warner Bros. tetapi bukan untuk filem-filem DCEU masakini, sebaliknya sebuah filem superhero yang sepatutnya diterbitkan oleh produksi terbabit 10 tahun lepas.

Pada tahun 2006 – 2007, Warner Bros. merancang untuk hasilkan filem Wonder Woman dengan Joss Whedon telah dipilih untuk menulis dan mengarahkan filem terbabit. Tetapi penerbitan filem berkenaan tergantung selepas Whedon mengumumkan yang dirinya tidak terlibat dalam pembikinan filem Wonder Woman. 

Pada masa itu, Warner Bros. telah cuba melamar Kate Beckinsale, tetapi Kate menolaknya disebabkan skrip filem berkenaan tidak begitu menarik perhatiannya serta tidak mahu lagi mengenakan pakaian getah yang sering dipakai oleh pelakon-pelakon yang melakonkan watak superhero.

“The incarnations that I was seeing were… [after a pause] They weren’t this one [the 2017 film].” [Also], I don’t know if I was desperate to be in a leotard. I’d already done the rubber trousers. You have to take in that you have a child at some point and how much could you possibly embarrass them.”

Kini peminat cuba melobi agar watak Catwoman diberikan Kate Beckinsale, adakah beliau akan menerima watak tersebut atau menolaknya?

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment