Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sebab Hugh Jackman berhenti membawa watak Wolverine

Favorite-Marvel-Heroes-Wolverine

SETIAP kali menonton filem X-men, mustahil untuk kita menafikan impak Hugh Jackman yang membawa watak Wolverine dalam setiap filem tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua siri filem X-Men pasti ada watak Wolverine. Aktor tersebut telah membawa watak terkenal itu selama hampir 15 tahun dan berlakon 7 buah filem X-Men. Menurut beliau, filem sequel Wolverine yang akan datang nanti adalah filem terakhirnya.

Baca The Wolverine 2, Filem Terakhir Hugh Jackman Sebagai Wolverine?

Kenapa Hugh Jackman tidak lagi mahu membawa watak tersebut? aktor tersebut memberi sebab kenapa beliau tidak lagi membawa watak:

“This will be my last one. […] It is my last time. It just felt like it was the right time to do it. And let’s be honest, 17 years. I never thought in a million years it would last, so I’m so grateful to the fans for the opportunity of playing it.

“I kind of have in my head what we’re going to do in this last one. It just feels like this is the perfect way to go out.”

                                                                                                                                           – Hugh Jackman

Hmm, tidak dipastikan samada Hugh Jackman sendiri yang tidak mahu membawa watak itu lagi atau kita mungkin dapat melihat babak kematian Wolverine dalam filem sequel akan datang. Noted – Wolverine adalah antara mutant yang susah untuk mati.

Ataupun filem Wolverine akan datang, wataknya akan dibawa oleh aktor lain?

Wolverine-3-Starring-Hugh-Jackman-Production-Start-Date

Apa yang pasti memang terdapat komik yang memaparkan cerita mengenai kematian Wolverine iaitu komik Death of Wolverine , tetapi untuk sequel akan datang, filem tersebut bukan diadaptasikan dari komik tersebut.

Memang sukar digambarkan jika pihak produksi sendiri mahu bersarakan terus watak Wolverine memandangkan, watak tersebut menyumbang kepada kejayaan filem – filem X-Men.

Selain daripada Hugh Jackman, beberapa pelakon juga dikatakan tidak akan membawa lagi watak – watak X-Men antaranya  Michael Fassbender, James McAvoy, and Jennifer Lawrence.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee