
Drama OCN, Seach ditutup dengan prestasi yang cemerlang.
Pada 15 November, finale drama misteri thriller itu mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sepanjang siarannya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terakhir Search mencatatkan skor purata sebanyak 3.9 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.7 peratus, sekaligus mencatatkan rating tertinggi drama tersebut.
Sementara itu, drama KBS 2TV Homemade Love Story mencipta rekod peribadi apabila episod terbarunya mencatatkan purata rating sebanyak 27.7 peratus dan 29.6 peratus untuk dua bahagiannya.
Akhir sekali, drama tvN Start-Up mencatatkan purata rating sebanyak 4.0 peratus dan 4.4 peratus untuk dua bahagiannya, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya.