Berita

‘Screen Shot Deleted Scene’ AGE OF ULTRON Sahkan Kemunculan Captain Marvel.

Views
Sumber gambar: Youtube ComicbookCast2

Sebelum Captain Marvel membuat debut dalam filem solonya sendiri, telah ada perancangan untuk memperkenalkan adiwira wanita itu dalam filem Avengers: Age of Ultron. 

Pengarah Joss Whedon pernah mendedahkan bahawa dia sebenarnya ingin memperkenalkan Captain Marvel semasa babak New Avengers dipenghujung filem Age of Ultron, tetapi presiden Marvel Studios, Kevin Feige menolak idea tersebut kerana tidak mahu menganggu pengenalan epik karakter tersebut dalam Marvel Cinematic Universe – MCU.

Menerusi tangkap layar ‘deleted scene’ Age of Ultron, terdapat pelakon misteri yang turut bersama-sama ahli New Avengers. Pelakon tersebut dipercayai ‘stand-in’ untuk karakter Captain Marvel, dan sepatutnya digantikan secara digital dengan aktres sebenar semasa proses suntingan.

Bagaimanapun, selepas Feige menolak idea untuk memperkenalkan Captain Marvel dalam filem Age of Ultron, Joss Whedon menggantikan ‘stand-in’ tersebut dengan Wanda Maximoff. Anda boleh lihat perbandingan gambar ‘deleted scene’ dan babak sebenar Age of Ultron dibawah.

Gambaran lebih jelas pelakon gantian yang membawa karakter Carol Danvers aka Captain Marvel

Berikut adalah petikan dari Comic Book, dimana Fiege menjelaskan situasi menggantikan ‘stand-in’ Captain Marvel kepada Scarlett Witch (Wanda Maximoff).

BACA:  MULAN Ditunda Ke Ogos

“The way we reveal Scarlet Witch [in costume] at the end of the movie? Those were Captain Marvel plate shots. Joss said, ‘We’ll cast her later!’ And I said, ‘Yeah Joss, we’ll cast her later.’ [Whispers to an invisible associate who isn’t Joss] ‘We’re not putting her in there!’

Finally Joss was like ‘Let’s use those plates to let Scarlet Witch fly into frame, give her a big entrance?’ And that makes sense — she’s come to their side, and she deserves the cool intro, which will feed into another movie we start shooting in a few weeks.”

‘Deleted scene’ Age of Ultron ini merupakan salah satu daripada babak-babak yang dipotong dari filem-filem MCU yang tidak pernah dilihat oleh para penonton. Babak-babak ini terkandung dalam set INFINITY SAGA, dimana ia turut memaparkan ‘alternate ending’ beberapa filem MCU serta beberapa kandungan menarik yang tidak pernah disaksikan peminat.

Tinggalkan Balasan

shares