Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scott Pilgrim vs. The World Bakal Dihasilkan Dalam Bentuk Siri Animasi

Walaupun gagal dipentas box office, filem Scott Pilgrim vs. the World arahan Edgar Wright telah menjadi salah satu filem adaptasi novel grafik yang paling terkenal dikalangan peminat dan pengkritik.

Sekuel Scott Pilgrim vs. the World mungkin tidak akan berlaku, tetapi penulis bersama serta pengarah telah mendedahkan mungkin ada jalan lain untuk menghasilkan sambungan filem tersebut.


Dalam temubual bersama Entertainment Weekly sempena menyambut ulang tahun ke-10 Scott Pilgrim vs. the World, Wright mendedahkan bahawa dia dan pencipta Scott Pilgrim, Bryan Lee O’Malley telah berbincang untuk mengadaptasikan siri tersebut dalam bentuk anime.

“Ada beberapa rancangan – dan masih belum rasmi – tetapi ada beberapa rancangan untuk melihat semula bahan tersebut dengan cara animasi, ” kata Wright.

“Kami telah lama berbicara dengan Bryan dan dengan Jared [tentang]: Bagaimana jika kita melakukan sesuatu dengan buku tersebut dalam bentuk anime? Itu sedang dibincangkan semasa kita bercakap. “

Perancangan Wright boleh dikatakan agak menarik memandangkan banyak peminat mahu melihat kesinambungan Scott Pilgrim. Bagaimanapun, peminat perlu menantikan perkembangan lanjut memandangkan ia masih diperingkat perbincangan.

Scott Pilgrim vs. the World dibintangi Michael Cera sebagai Scott Pilgrim, seorang remaja yang jatuh hati pada Ramona Flower lakonan Mary Elizabeth Winstead. Untuk memenangi hati Ramona, Scott perleu berhadapan dengan 7 bekas kekasihnya yang jahat termasuklah Lucas Lee (Chris Evans), Todd Ingram (Brandon Routh), Roxy Richter (Mae Whitman), dan Gideon Graves (Jason Schwartzman).

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment