Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scott Derrickson Akan Mengarahkan Sekuel LABYRINTH

Selepas berundur dari kerusi pengarahan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness awal tahun ini, pengarah Scott Derrickson bakal terlibat dalam projek filem terbaru iaitu sebuah sekuel kepada filem cult-classic, Labyrinth lakonan David Bowie.

Filem asal yang diterbitkan pada tahun 1986 mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Sarah (Jennifer Connelly) yang cuba menyelamatkan adiknya Toby dari Jareth the Goblin King (Bowie). Labyrinth gagal dipentas box office walaupun mendapat sambutan hangat dari para pengkritik. Filem tersebut menjadi cult-classic sehingga berjaya menerbitkan novel, permainan video, tayangan ulangan dan perjumpaan tahunan para peminatnya.

Sekuel Labyrinth telah diumumkan pada 2016 dengan Nicole Perlman (Detective Pikachu) telah dipilih untuk menulis lakon layar bersama-sama Jay Basu dan diarahkan Fede Álvarez (Don’t Breathe). Bagaimanapun, projek tersebut tersangkut diperingkat pembangunan dan terpaksa dibatalkan sehinggalah projek diumumkan dengan konsep yang baru.

Lakon layar akan ditulis oleh Maggie Levin (Into the Dark, My Valentine), manakala Lisa Henson akan bertindak selaku penerbit. Derrickson akan turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Brian Henson dan C. Robert Cargill.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment