Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Akan DatangOfficial Trailer

Scott ‘Boyka’ Adkins ‘bergabung’ kembali dengan Marko Zaror dalam Savage Dog

Bintang sensasi seni bela diri kelahiran England, Scott Adkins kembali dengan filem terbaru Savage Dog.

Berlatarbelakangkan Indochina – 1959. Sebuah bandar tanpa undang-undang dikawal oleh kelas jenayah: panglima perang Vietnam dan penjenayah perang Eropah. Kem Kerja Buruh Paksa Den-Dhin-Chan dijalankan oleh empat orang penjenayah berbahaya. Disitu juga terdapat penjara terburuk, di mana ada peninju asal Eropah, Martin Tillman (Scott Adkins)  telah menempa sebuah nama untuk dirinya sendiri untuk bertarung dalam sebuah pertandingan dimana ‘penjenayah kaya’ berjudi dan membuat taruhan tinggi. Ketika Martin Tillman akan dibebaskan, beliau hanya ingin kembali ke rumah, tetapi orang-orang yang mengawal penjara  melakukan segalanya dengan kekuatan mereka agar beliau tetap dikunci dalam penjara. Ketika semua yang dimiliki  dan disayangi oleh Martin Tillman diambil dalam tindakan secara kekerasan, paksaan yang kejam, beliau terpaksa untuk menghadapi orang-orang yang bertanggung jawab dan membalas dendam.

“Savage Dog” adalah filem aksi-pengembaraan yang mendebarkan yang menyatukan semula Scott Adkins dengan seterunya dalam “Undisputed III” iaitu Marko Zaror. Filem ini turut dibintangi Cung Le, Juju Chan, Vladimir Kulich, dan Keith David.

Trailer rasmi Savage Dog

Filem ini akan ditayangkan pada 9 Mei 2017.

Seperti sedia maklum filem-filem yang diteraju oleh Scott Adkins kebanyakannya merupakan filem gred B, jadi mungkin tak lah dikeluarkan di seluruh pawagam (walaupun di US sekalipun). Jadi tak payah berharap sangat lah nak tengok dekat panggung wayang di Malaysia ni. Scott Adkins ni sepatutnya ‘dipandang’  oleh pengarah-pengarah ternama Hollywood dan jadikan beliau pelakon Hollywood gred A. Ni Robert Pattinson yang senduuuu tu pun boleh jadi pelakon gred A, entahmende. Sedihhhhhhh

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment